Be-You-Ty

Tak sempat? Tak ada hal, Nah cara cuci berus ‘make up’ paling cepat!

Oleh  | 

KALAU dah namanya perempuan, berus make up adalah ‘kawan baik’ kita selain tudung, jarum peniti dan sunscreen. Kalau tak ada berus ni semua, alamatnya tak lengkaplah hidup ini. Gitu. Melebih-lebih pula sis punya introduction padahal nak sembang cara cuci berus je pun kan!

Ada cara sebenarnya nak pastikan berus make up kesukaan korang bertahan lebih lama. Cara yang sis nak tunjukkan ni sesuai sangat bagi mereka yang sangat sibuk ala-ala Perdana Menteri. Ini kerana pertama, cara ini mudah. Kedua, barang-varang yang digunakan untuk mencuci pun mudah didapati. Mari kita mulakan!

via GIPHY

Sabun buku

Korang jangan tak trahu pula eh sabun buku tu apa. Karang ada pula yang ambil buku sekolah waktu darjah tiga. Jangan bebal sangat ya kawan-kawan. Caranya ialah korag tonyoh berus korang tu semua dan geselkan pada sabun buku tersebut. Tak kisahlah jenama apapun, asalkan ia sabun buku.

via GIPHY

Sabun mandi

‘Hey zaman sekarang ni orang pakai sabun cecair la mana ada sabun buku’

Yes sis get it! Kepada yang tak ada sabun mandi buku dekat rumah tu. Korang jangan sedih. Boleh je guba sabun mandi yang gel tu. Cara dia, pertama korang ambil satu span. Span kuning dekat dapur tu pun boleh. Picit sikit sabun dan ratakan pada span tersebut. Lepas tu barulah korang gosok berus make up menggunakan span yang disediakan. Perlahan-lahan tau, karang rosak pula berus kesayangan tu.

via GIPHY

Ha, amacam? mudah ke tidak? Pejam mata pun boleh siap, kan. Cara nak keringkan pula korang jangan pergi perah berus tu. Karang rosak pula. Lepas dah bilas tu, korang gantunglah berus kesayangan korang tu dari atas ke bawah supaya dia kering. Lepas tu, tada! Dah siap.

Selamat mencuba.

 

Sumber: Toodia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my