SuperDeals

Tak semua barang boleh simpan dalam kereta tau!

Oleh  | 

SEBENARNYA, kereta sentiasa dianggap sebagai aset yang penting selain daripada rumah. Kereta merupakan medium pengangkutan utama untuk manusia selain menjadikan kereta sebagai ruang untuk menyimpan barang-barang yang perlu dibawa apabila keluar daripada rumah. Jadi, tidak hairanlah sesetengah orang menjadikan kereta mereka sebagai stor untuk menyimpan barang.

Namu tidak semua barang adalah selamat untuk disimpan di dalam kereta tau. Korang  tahu tak akibat cuaca negara kita lembap dan panas, ianya boleh mengakibatkan barang-barang yang kita simpan di dalam kereta menjadi rosak. So, ketahui beberapa barang yang tidak sepatutnya korang simpan di dalam kereta supaya korang tak buat lagi lepas ni okay!

Kaca mata

Ini merupakan aksesori yang sering disimpan di dalam kereta. Tapi tahu tak sebenarnya menyimpan kaca mata di dalam kereta boleh mengakibatkan cermin mata kita mudah rosak. Lebih-lebih lagi jika bingkai kaca mata kita diperbuat daripada bahan asetat dan nilon.

Perfume

Perfume merupakan barang yang wajib dibawa oleh sesetengah perempuan. Ada yang meletakkan perfume mereka di dalam kereta untuk memudahkan mereka menggunakannya sekiranya berada di luar. Tetapi sebenarnya suhu panas dalam kereta boleh mengurangkan bau perfume tau.

Pencuci muka

Take note girls! Korang jangan sesekali meninggalkan apa-apa produk wajah seperti pencuci muka  di dalam kereta tau. Suhu kereta yang panas boleh merosakkan produk. Kadang-kadang beli tak sampai sebulan pun boleh rosak. Kalau korang nak bawa produk-produk atau alat solekan, pastikan korang packing betul-betul dan masukkan ke dalam beg ye. Jangan biarkan produk korang terdedah di dalam kereta.

Ubat-ubatan

Jangan sesekali tinggalkan ubat-ubatan korang dalam kereta! Tahu tak akibat suhu kereta yang panas boleh mengubah struktur molekul ubat sekali gus menjadikan ubat rasa tawar dan kurang berkesan? Haa, lepas dah tahu ni elak-elakanlah meletak apa-apa jenis ubat di dalam kereta.

Hairspray

Mungkin ada yang belum tahu sebenarnya hairspray mempunyai bahan yang mudah terbakar. Barangan yang mempunyai kandungan seperti ini dilarang sama sekali diletakkan ke dalam kereta. Bahaya tau girls.

So, ini merupakan barang-barang yang korang tak boleh simpan lama-lama dalam kereta. Lepas ni kalau nak pastikan kualiti barang korang terjaga, jangan simpan apa-apa barang kegunaan harian kita di dalam kereta ye. Ha, bercakap pasal kereta, dengar-dengar Superdeals ada buat sales permaidani untuk kereta. Murah je harganya yuolss. Boleh lah ganti karpet kereta korang yang dah sendu tu. Apa lagi, pergi usha cepat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my