Serious?!

Tak semua benda menjadi, hargai apa yang ada dengan ‘tiny happy things list’

Oleh  | 

“When the lights go out and leave you standing in the dark
No one ever told you this would be so hard
I know you think your fire is burning out, but I still see you shining through. You got it in you,”

KITA semua pernah berada dalam situasi seolah-olah terperangkap di dalam kegelapan. Apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Setiap yang kita usahakan seperti berakhir, berkecai di tengah jalan.

Bertenang. Ambil nafas dalam-dalam.

Hidup adalah sebuah jalan cerita. Ada bab yang kita bahagia. Ada babak yang kita akan berdepan dengan bermacam perkara yang akan membuat kita terluka. Jalannya tidak senang, penuh dengan ranjau dan cerun yang curam. Kita sedang jatuh waktu ini. Semua orang seperti meninggalkan kita sendirian. Tak mengapa.

Apa yang kita perlukan sekarang ialah kepercayaan kepada diri sendiri. Seperti malam, akan ada siangnya. Seperti hujan, akan ada teduhnya. Carilah dan ciptalah kebahagiaan walaupun datang dari sekecil-kecil perkara. Jadi, ini adalah antara senarai ‘tiny happy things‘ yang Dhia dah buatkan untuk korang. Ready? Ok go!

  • via GIPHY 
  • Lihat matahari dekat pintu
  • Ikut nyanyi lagu dekat radio kuat-kuat
  • Tukar sabun mandi yang lebih wangi
  • Bagi text random dekat kawan lama
  • Pakai stoking berwarna-warni
  • Beli pokok bunga

via GIPHY

  • Dobi baju sambil menari
  • Berjalan 30 minit dekat tempat yang korang biasa lalu naik kereta
  • Beli lilin aromaterapi dan nyalakan
  • Beli cadar baru
  • Pakai sesuatu yang completely different from your style dan ambil gambar
  • Peluk diri sendiri
  • Minum teh

via GIPH

  • Peluk kucing
  • Jauhkan diri dari media sosial
  • Lukis guna water colors
  • Print out gambar yang buat korang bangga dengan diri korang dan tampal
  • Belanja orang makan ais krim

via GIPHY

  • Senyum kepada stranger
  • Pergi ke taman permainan dan tengok kanak-kanak ketawa
  • Ubah gaya rambut (walaupun korang bertudung)

Ada banyak lagi yang korang boleh buat. Ini cuma sikit sahaja dan berharap dapat mengembalikan keceriaan kepada diri korang walaupun kecil. Hidup bukanlah tentang kesempurnaan. Tapi ia adalah tentang seberapa banyak yang kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my