D-Life
Tak semua beruntung, Ini petanda seseorang dibesarkan dalam toxic family
KITA tak boleh minta dilahirkan dalam keluarga yang macam mana. Jika kita beruntung, kita akan dibesarkan dengan cukup kasih sayang dan perhatian. Namun, tak semua orang boleh mendapatkan belaian yang sama. Ada yang lahir dalam keluarga yang saling menjatuhkan.
Penderaan emosi mahupun fizikal yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri semestinya meninggalkan kesan yang mendalam. Mereka juga akan menunjukkan sedikit sikap yang agak berlainan terutama ketika bergaul dengan kelompok sosial mereka.
Susah nak percaya orang lain
Orang yang dibesarkan dalam suasana yang tegang dan penuh kekerasan akan terbawa-bawa emosi itu sehingga dewasa. Sepanjang hidup, orang tuanya tidak pernah memberikan sokongan kepada dirinya. Jadi akan membesar dengan sikap tidak yakin diri dan orang lain seperti yang dicatatkan dalam kajian Brown Univesity.

Susah nak terima kegagalan.
Mereka yang dibesarkan dalam keluarga toksik akan mempunyai perasaan dirinya tak dihargai. Orangtua mereka akan selalu menyalahkan mereka jika terjadi sesuatu yang tak diingini. Maka, mereka membesar sebagai seorang yang tidak tahu macam mana nak hargai diri sendiri. Jadi, setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu pekerjaan, habislah mereka akan sangat tertekan!
Banyak salahkan diri sendiri
Selain itu, mereka juga sangat cepat untuk merasa diri sendiri bodoh, tak berharga dan tak layak mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jadi, mereka banyak kali mengkritik diri mereka sendiri dan tidak tahu bagaimana untuk mengawal apa yang mental mereka fikir.

Selalu rasa cemas
Bukan itu sahaja, mereka yang lahir dalam keluarga toksik juga menghadapi gangguan seperti mudah berasa cemas. Semua ini terjadi kerana selalu melihat keadaan keluarganya yang tidak stabil dan kurang mendapat perlindungan.


Komen Terkini