Serious?!

Tak semua Mukbang berjaya. Ini 5 Mukbang yang patut korang tengok!

Oleh  | 

MESTI ramai yang diantara korang ni suka layan video-video mukbangkan? Ha, yang kebanyakkan daripada kita tahu, mukbang tu maksudnya makan-makan la kan?

Dah dekat lah tu, tapi biar sis beri penjelasan. Mukbang ini berasal dari gabungan dua perkataan Korea yang bererti ‘MUK-JA’ =makan ‘BANG’ = lagu. Bila digabungkan maka jadilah Mukbang!

Ia merupakan internet fad atau gambar mahupun video di internet bagi bertujuan untuk berhibur di mana penonton melihat invdividu makan makanan yang pelik, atau makanan yang biasa dalam kuantiti yang banyak.

Kebanyakkan video-video mukbang yang kita biasa tengok adalah mereka yang makan dengan banyak sehingga habis atau makan makanan pelik sehingga habis. Tapi bukan semua live-eating show itu berjaya. Ini beberapa mukbang yang gagal.

Sotong melekat di muka

Wanita yang berasal daripada Korea ini memang terkenal di YouTube dengan video-video mukbang-nya yang lain. Video beliau memakan sotong hidup adalah di atas permintaan ramai. Oleh sebab itu, wanita ini pun menunaikan permintaan itu. Namun, ada saat yang agak disturbing berlaku.

Diserang sotong!

Yang ini pula diserang sorong sehingga terdapat luka dipipinya! Sesungut sotong tersebut melekat dengan kuat sehingga kulit mukanya tertarik ketika gadis ini cuba untuk melepaskan diri.

Landak ke tu?

Kebanyakkan video mukbang daripada China memang tidak tahu apa yang dorang makan. Yang ini kelihatan seperti landak laut.

Mukbang bawang!

Mungkin pada individu ini tidak gemarkan perisa bawang mentah ini. Tapi yang sis pelik kalau tak boleh makan kenapa nak buat jugakan? Sesetengah orang boleh makan, sesetengah tidak boleh telan langsung. Korang nilai lah sendiri.

Geoduck failed! 

Yang ini cukup menggelikan. Tak tahu lah betul ke tidak, mereka ini makan makanan laut ini yang bernama geoduck secara hidup-hidup dan hasilnya..

 

View this post on Instagram

 

Eat or pass? Follow @theofficialmukbang for more

A post shared by Mukbang/ASMR Videos (@theofficialmukbang) on

Jadi korang rasa nak ke buat video mukbang yang pelik-pelik ni?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my