D-Life

Tak semua orang baik, ini 5 tip untuk pastikan korang selamat di tempat awam

Oleh  | 

SEBAGAI perempuan, isu membabitkan keselamatan ini memang menjadi tumpuan dan selalu dibahaskan oleh semua orang. Berapa banyak kes rogol, ragut, ditipu, diintai yang menjadikan perempuan sebagai mangsa. Hidup di kota seperti Kuala Lumpur tidak boleh menjamin keselamatan kita kerana jenayah tidak pernah mengenal mangsa dan temat dimanakah korang berada.

Oleh sebab itulah langkah penjagaan keselamatan perlu diambil kira supaya kita boleh melindungi diri kita sendiri  dan tidak menjadi salah seorang mangsa penjenayah hasil daripada kecuaian kita sendiri.  Berikut ada beberapa tips yang mungkin dilihat tidak penting namun boleh menyelamatkan nyawa korang daripada bahaya.

via GIPHY

Beg kena jaga

Girl, pelase. Waktu korang bawa beg tangan yang mahal tu dekat tempat awam. Pastikan korang pegang betul-betul seeratnya. Elakkan daripada tengok telefon bimbit kerana ia boleh menyebabkan korang hilang tumpuan terhadap apa yang berlaku di sekeliling korang.

Bila naik grab atau teksi

Sila beritahu seseorang kemana agaknya tujuan destinasi korang nak pergi. Kalau korang rasa pemandu grab atay teksi tu lain macam, jangan lupa share location dan details pemandu grab itu dengan seseorang yang korang percaya.

via GIPHY

Posting di media sosial

Ada juga penjenayah yang selalu tengok korang ada dekat mana. Jadi, berhati-hatilah semasa melakukan posting di laman sosial. Jangan pergi beritahu satu dunia korang tengah keseorangan di tempat sekian, sekian. Ini boleh meyebabkan penjenayah mengambil kesempatan. Delay sikit posting korang 15-20 minit untuk mengelakkan benda macam ni terjadi.

Minum dengan orang yang tak dikenali

Kalau korang tengah minum dengan orang yang tak dikenali sebab berkongsi meja di restauran yang penuh. Jangan sesekali biarkan minuman korang di atas meja. Kalau korang terpaksa pergi tandas dan berhasrat nak sambung minum. Better not! Sila beli air baru dan biarkan sahaja air tadi tu di situ.

via GIPHY

Pepper spray

Ada orang yang jenis tak nak percaya dengan pepper spray ni. Tapi terpulanglah dekat korang. Kalau korang rasa ia boleh menyelamatkan nyawa korang, beli dan sentiasa bawa ia bersama di dalam beg korang. Korang boleh gunakan ia kalau korang diserang.

Baiklah, itu adalah antara 5 tip yang sis boleh kongsikan terutama kepada korang yang selalu berjalan seorang diri di kotaraya ni. Ingat, share la artikel ini kalau korang rasa boleh menyelamatkan nyawa kawan-kawan korang yang lain juga.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my