SuperDeals

Tak tahu nak buat apa kat rumah? Ini 5 senaman mudah untuk elak ‘double chin’

Oleh  | 

SEMUA okay ke duduk kat rumah tu? Masa ni la korang manfaatkan apa yang korang boleh buat kat rumah tu. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat rumah tu antaranya senaman. Tak perlu pergi ke gym pun.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan cara-cara senaman yang mudah untuk korang yang ada masalah dengan dagu berlapis.

Gerak otot muka

Yang senaman pertama ini, korang boleh gerakkan dagu korang tu kehadapan secara berulang kali. Selain itu, korang boleh juga gerakkan dagu tu ke kiri mahupun kanan.

Sumber: Hijabista

Mencedok dagu

Lakukan pergerakkan rahang seolah-olah perngerakkan menceduk air. Gerakkan rahang kebawah dan bibir ke atas gigi. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang seperti di dalam gambar.

Sumber: Hijabista

Kembungkan pipi

Tarik nafas sedalamnya, kemudian kembungkan pipi dengan udara. Setelah itu, gunakan tapak tangan untuk menekan pipi dan lepaskan udara dengan perlahan seperti di dalam gambar.

Sumber: Hijabista

Toleh

Yang ini pula korang hanya perlu menoleh ke kiri atau kanan sehingga merasakan ketegangan pada leher dan kemudian gerakkan rahang ke hadapan.

Sumber: Hijabista

Cium langit

Yang ini pula korang haurs bayangkan korangsedang mencium langit. Dongak ke atas, muncungkan bibir !

Sumber: Hijabista

Amalkan setiap senaman ini dalam ulangan sebanyak 8 ke 10 kali setiap hari untuk hasil yang memuaskan. Kena rajin amalkan ya!

Tapi kalau korang malas nak buat senaman ini, it’s okay guys! Korang boleh check ou dekat Superdeals okay. Jimat kaw kaw!

Sumber:Hijabista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my