Kolaborasi

Tak tahu nak buat apa weekend ni? Apa kata lepak dengan member sambil…

Oleh  | 

BILA kita dan semakin mendewasa ni, circle of friends kita akan semakin mengecil. Jadim hargailah mereka yang selalu bersama-sama kita dengan meluangkan sedikit masa untuk orang-orang istimewa ini. Tambahan pula kita sudah jarang untuk berjumpa. Sudah pasti kita inginkan masa yang kita luangkan itu diisi dengan perkara yang menyeronokkan dan bermakna.

Jangan risau kalau korang tak ada wang yang banyak untuk bersuka-ria. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Kalau kawan-kawan korag pun terfikir benda yang sama, nah ini sis senaraikan antara benda yang korang boleh lakukan dengan kawan-kawan pada waktu hujung minggu.

via GIPHY

Potluck makan malam

Ha, kalau tak nak berhabis banyak duit makan dekat restoran mahal-mahal, apa kata korang sendiri yang buat parti makan-makan untuk kawan-kawan. Konsep makan malam itu ialah potluck. Setiap orang membawa makanan untuk dikongsi bersama-sama. Kalau nak lagi best, ajak la mereka masak bersama-sama. Sambil tu boleh membawang dekat dapur.

Maraton movie dekat Netflix

Lepas dah makan-makan, apa kata korang maraton tonton filem atau drama bersiri yang ada dekat Netflix sampa semua tertidur. Banyak je cerita yang best ak ditonton bersama-sama macam Stranger Things, Pretty in Pink, The Breakfast Club. Cerita Melayu pun banyak yang best macam Istanbul Aku Datang atau Paskal.

via GIPHY

Pergi taman

Ha yang ini pun bagus. Korang boleh pergi jogging bersama-sama atau berbasikal. Hang out sambil melakukan aktiviti seperti ini pun bagus tau sebenarnya. Kalau dah penat, boleh duduk santai-santai dengan kawan korang sambil makan buah.

Jadi sukarelawan

Ini pun menarik tau. Carilah tempat yang korang boleh berbakti kepada masyarakat. Banyak sahaja badan bukan kerajaan yang ada buat program untuk bantu mereka yang sedang dalam kesusahan. Boleh pergi bersama-sama dengan kawan korang.

via GIPHY

Lepak dekat restoran

Kalau korang hanya nak jumpa sekejap sahaja hanya untuk bertanya khabar. Boleh je jumpa dekat restoran yang murah tapi seronok nak lepak. Ha, order la nachos ke. Contoh macam Tuah Cafe ni ada buat promosi Nachos sedap. Boleh tekan link ini.

Ha, lepas ni bolehlah gunakan idea di atas ini untuk berjumpa kawan-kawan korang tau. Tempat lepak bukanlah keutamaan. Apa yang paling penting ialah bagaimana korang memberi keutamaan untuk meluangkan masa bersama sahabat korang itu. Duit boleh cari, sahabat? Mungkin hanya satu dalam seribu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my