Dhia Glam

Tak tahu nak pilih tudung sesuai warna kulit? Ini rahsianya…

Oleh  | 

SELAMA ini kalau nak pilih waran tudung, kamu mesti lihat kepada warna baju yang kamu akan pakai. Tapi, jangan tidak tahu pula bahawa warna tudung sebenarnya juga memberi kesan kepada diri kita. Ia akan meyerlahkan aura dan membuatkan gambar kamu paling stunning bila bergambar dengan rakan-rakan.

Tak semua warna sesuai dengan kulit kita. Untuk itu, mari team Dhia kongsikan bagaimana kamu akan kelihatan lebih zasssss dengan memakai tudung yang sesuai warna kulit.

 

Kulit Putih

 

FOTO: Unsplash

Jika kamu memiliki warna kulit bewarna cerah maka kamu boleh memilih warna seperti merah, ungu atau tudung berwarna gelap seperti hitam. Ia akan menambahkan seri dan membuatkan wajah kamu lebih bercahaya. Elakkan memakai tudung bewarna kuning atau warna pudar kerana ia boleh membuatkan kamu kelihatan pucat.

 

Kulit kuning langsat

FOTO: Unsplash

Ini adalah warna kulit yang dimiliki oleh rata-rata perempuan asia. Oleh itu, kamu disaran untuk mengenakan warna tudung yang terang seperti kuning, merah atau merah jambu. Warna biru juga sesuai digayakan. Jangan memakai warna krim atau coklat gelap yang boleh membuatkan kamu nampak kusam.

 

Kulit sawo matang

Bagi pemilik kulit jenis sawo matang pula, jangan memakai tudung bewarna kelabu atau coklat gelap yang boleh membuatkan kamu kelihatan kusam. Apa kata kamu beralih kepada warna seperti merah hati, pastel atau ungu untuk menyerlah warna kulit kamu

Kulit gelap

FOTO: Unsplash

Ada banyak warna yang boleh digayakan oleh si hitam manis. Kamu boleh kenakan warna terang seperti merah, jingga, kuning dan rotal blue. Untuk lebih berani, apa kata kamu bereksperimen pula dengan warna-warna neon yang boleh menyerlahkan wajah kamu. Jangan kenakan warna seperti coklat yang boleh meneggelamkan penampilan kamu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my