Oh-Oh-Tee-Dee

Tak tau nak pakai apa? Apa kata korang cuba OOTD ala-ala Lee Sung Kyung

Oleh  | 

“Kau ini, hari-hari macam pakai baju sama. Warna pun lebih kurang,”

Ha, siapa yang pernah dapat ayat macam ini daripada rakan sekerja atau kawan kuliah? Dah masanya korang ubah sikit gaya. Nak cari gaya yang sesuai dengan kita ini kadangkala kena try dan error. Mungkin ada gaya yang selama in kita rasakan tidak sesuai dengan kita. Tapi lepas kita kenakan dekat tubuh kita, “Oh, not bad!”

Jadi dalam artikel kali ini, sis nak kongsikan beberapa gaya OOTD selebriti Korea iaitu Lee Sung Kyung. Kalau korang tengok cerita Dr Romantic, mesti korang tahu pelakon ini. Alahai, muka sangat comel. Kalau korang nak tahu, Sung Kyung ada selera fesyen yang pelbagai tau. Jom kita tengok satu per satu!

Untuk look yang nak nampak formal, Sung Kyung memilih blazer merah bermotifkan kotak. Nak nampak menyerlah, dia pilih kemeja dengan seluar hitam.

Nak pergi lepak dengan kawan-kawan? Tak ada masalah. Pakailah raglan T-shirt dengan seluar biru. Sumpah selesa dan nampak style habis!

Nak hadiri majlis formal dan tampil elegan. Apa kata pakai leather shirt, velvel mini skrit dan suede ankle boots. Lebh menyerlah, leopard sling bad.

 

Nak tampil chic. Apa kata korang pakai kemeja  dengan corak leopard, skinny pants, boots hitam, ditambah bucket hat pula. Kan cantik!

Malas nak gosok baju? Apa kata korang pakai oversized sweater, skinny pants dan marry jeans shoes. Ngam sangat!

 

Jadi, antara OOTD yang dikenakan artis Korea ini. Mana satu yang jadi pilihan korang? Roger sikit.

Sumber: IDNTimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my