Kolaborasi

Tak tau nak start dari mana bersihkan rumah korang? Ni sis nak ajar

Oleh  | 

DAH hujung tahun ni, mestilah korang dan rancang nak buat dekorasi baru untuk sambut tahun baru betul tak? Barulah ada aura untuk mengharungi hidup pada  tahun akan datang. Cuti tahun baru ini pula bolehlah ajak kawan-kawan korang datang rumah.

Jadi, rumah korang pun kenalah nampak kemas, bersih dan cantik untuk tahun baru ini. Bersihkan rumah seorang diri kadangkala boleh jadi sesuatu yang membosankan. Sebenarnya ada beberapa yang korang boleh buat untuk memastikan korang kurang bosan nak bersihkan rumah. Bukan itu sahaja, kadang-kadang korang pun tak tahu nak mulakan dari mana nak bersihkan rumah, kan?

Jadi, ini adalah beberapa zon yang korang wajib bersihkan dalam satu jam sahaja. Hebat, kan?

via GIPHY

Bilik tidur

Benda pertama yang  korang boleh lakukan dekat bilik tidur ialah kumpul semua sampah yang ada dekat atas meja solek, dekat sudut katil bubuh semua dalam tong sampah.  Lepas itu, pastikan korang kosongkan bakul sampah.

Lepas itu, korang dah boleh gantikan cadar katil. Jangan lupa untuk bersihkan debu dekat perabot korang dan mop lantai. Kalau nak bersikan karpet, jangan lupa guna penyedut hampagas selama 10 minit.

via GIPHY

Bilik mandi

Kita beralih pula dengan sinki dekat bilik air. Korang boleh guna penyembur serba guna. Lepas itu, tabur baking soda dalam mangkuk jamban, berus dan siram. Untuk cermin korang boleh gunakan sabun khas untuk membersihkan cermin dengan membuat gerakan bukatan agar semua kotoran boleh tertanggal.

Dapur

Nak bersihkan dapur ni 12 minit pun boleh. Mulakan dengan basuh pinggan kotor dekat sinki. Luangkan sikit masa untuk bersihkan dapur dan span basuh pinggan. Manakala untuk benda-benda lain seperti pinggan mangkuk dan sudu korang boleh guna kain lembap.

Jangan lupa sapu dan mop lantai dapur dengan sabun lantai yang dibancuh dengan air.

via GIPHY

Ruang tamu

Cara nak bersihkan ruang tamu ialah dengan memindahkan semua barang seperti remote, dan CD yang berterabur ke dalam laci. Kalau ada majalah, korang kumpulkan dekat atas meja. Kalau ada kaca dekat ruang tamu. Apa kata korang semburkan cairan pembersih khas dan gosok.

Terakhir, korang guna vacum cleaner untuk bersihkan habuk dekat seluruh ruang tamu. Bajet masa yang diperlukan ialah sekitar 15 minit.

via GIPHY

Jadi, lepas ni korang tak payah la pening-pening nak fikir macam mana nak kemas rumah. Ikut sahaja apa yang sis rogertadi, okay? Nak lebih cun, korang letak pewangi rumah. Barulah harum. Tetamu pun suka. Tips ini korang tak hanya boleh guna untuk rumah je tau. Nak bersihkan pejabat pun boleh guba cara ini.

Oh ya, korang nak suruh bos korang renovate pejabat? Apa kata korang bagi link ini kat dia sebab Superdeals dengan buat sale kaw kaw ni!

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my