DhiaLova

‘Take note!’ Ini cerita kenapa jangan ‘stay’ dengan lelaki baran dan kaki ‘control’

Oleh  | 

PERNAH tak boyfriend korang tinggi suara dekat korang depan orang ramai? Pernah tak boyfriend korang terlalu mengongkong ibarat korang ni macam suami isteri? Atau pernah tak boyfriend korang berkasar dengan korang?

Awas! Kalau ini berlaku jangan berdegil untuk teruskan hubungan korang. Ini adalah tanda-tanda boyfriend korang seorang yang panas baran. Yela, kalau belum ada ikatan yang sah pun boleh buat korang macam tu apatah lagi kalau dah kahwin. Mungkin sesetengah daripada korang takut untuk bersuara atau tewas dengan pujuk rayu boyfriend bila nak minta putus. Ingat, jangan takut dan jangan termakan dengan janji manis itu semua okey!

Ini Dhia nak share satu kisah supaya dapat jadi iktibar kepada gadis-gadis di luar sana.

Kisah ini berlaku dua tahun lepas di US apabila bahagian bawah bibir seorang gadis bernama Kayla Hayes digigit ex-boyfriend, Seth Fleury sampai terkoyak. Ngeri bukan?

Nak dijadikan cerita, selepas 11 bulan bercinta Kayla akhirnya buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan ex-boyfriend dia yang dikatakan kaki control. Sebelum ni dia pernah minta putus tapi akibat termakan dengan pujukan ex-boyfriend terus tak jadi. So, masa dia nekad nak putuskan hubungan tu, ex-boyfriend dia ajak berjumpa buat kali terakhir sebab katanya nak bagi barang Kayla. Bila mereka ni berjumpa dalam kereta, ex-boyfriend dia ni nak cium Kayla konon-kononnya farewell kiss lah tapi Kayla menolak dan menepis dia. Akibat bengang dia terus gigit bahagian bawah bibir Kayla sampai koyak.

FOTO : Medical Shots

* Amaran : Video ini mengandungi imej yang menggerunkan.

“No longer a victim but a survivor” – Kayla Hayes

Kayla terpaksa buat emergency plastic surgery namun doktor mengesahkan yang bibir Kayla tak dapat disambung semula. Kayla terpaksa meneruskan hidup dengan kesan parut dan mempunyai pergerakan mulut yang terhad. Tapi, dengan bantuan reconstructive doctor dia sekarang boleh tersenyum kembali dan kini bergiat aktif membantu mewujudkan kesedaran tentang keganasan. Ex-boyfriend dia pula berjaya ditangkap dan dipenjarakan selama 12 tahun. Padan muka!

Ha, kalau korang nak putus dengan boyfriend yang panas baran dan kaki control macam ni pastikan dekat tempat public tau. Tapi kalau korang minta putus melalui Whatsapp dan boyfriend korang ajak jumpa, jangan sesekali pergi seorang diri! Semoga kisah Kayla ni dapat jadi pengajaran buat korang yang masih bergelut dengan perasaan sama ada nak putus atau tidak. Jangan kerana keputusan korang badan binasa. Beware girls!

1 Comment

  1. Leyla Ahmad

    8 March 2019 at 12:18 pm

    Ok serious takut tengok bibir tu! Nice sharing.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my