D-Life

Takkan semua benda nak ‘free’, dah tumpang bayar la!

Oleh  | 

SERONOK kalau kita ada kereta ni sebab kita boleh tumpahkan orang lain ke destinasi mereka. Tapi yang tak syokya bila korang ada member yang rajin minta tolong tumpangkan ke mana-mana destinasi tapi tak pernah pun hulur duit minyak. Kalau sekali, dua tu kita fahamlah. Tapi kalau tak pernah hulur langsung tu, rabak juga kita bila hujung bulan.

via GIPHY

Benda macam ni bukan korang sahaja yang pernah hadapi. Ada ramai juga kawan-kawan dekat luar sana yang hadapi masalah sebegini. Jadi, ini adalah antara benda yang korang boleh consider nak buat bila berdepan dengan situasi seperti ini.

Tak semua faham

Korang kena tahu  yang tak semua orang ada common sense untuk bayar jumlah tertentu bila tumpang kereta orang. Kalau Grab kita boleh bayar. Takkan kawan sendiri pun kita tak nak bayar. Korang kena berterus terang dengan cara paling kreatif. Contoh yang sis buat ialah,

“Eh korang nak pergi situ juga ke? eloklah tong tong, murah sikit nak ke sana,”

Ayat macam ni secara tak langsung dah bagitahu dekat kawan korang yang perjalanan ke tempat tertentu bukanlah percuma.

via GIPHY

Guna humour!

Bila korang minta bayaran dengan orang yang dah biasa tumpang kereta korang secara percuma ni, memang diorang akan berubah muka sikit. Maksudnya, dia mesti akan terkejut. Yelah, sebelum ni elok je free kenapa kali ni kena bayar pula? Ha, macam tu la agaknya yang diorang fikir. Korang boleh ubah suasana awkward itu dengan buat lawak sikit macam

“Kan best kalau ada karpet Aladdin, boleh ke sana sini tak kira bila masa yang kita nak,” 

Berapa yang perlu korang bayar kalau tumpang kereta ‘member’?

Ha, itu tadi kita dah cerita side orang yang bawa kereta. Kalini meh cerita sikit tentang orang yang tumpang kereta pula. Kalau korang tumpang kereta, mesti korang tertanya-tanya berapa yang korang kena hulur dekat kawan korang si empunya kereta.

Pertama, korang kira berapa ramai orang dalam kereta itu. Kalau ramai, korang bayar la sikit. Tapi ikut juga dengan lokasi. Kalau korang duduk Kuala Lumpur dan nak ke Penang, janganlah bayar RM20. Tol pun tak lepas dik.

Kalau korang melalui jalan yang ada tol, boleh lah hulur lebih sikit. Kalau lokasi tu dekat, hulur la RM5. Kalau jauh,korang boleh la bagi RM20.

via GIPHY

Apapun, korang kena juga cakap dengan kawan korang tentang apa yang tersirat di dalam hati tu. Ingat, komunikasi adalah kunci segala-galanya. Kalau kawan korang memang sahabat sejati, dia akan faham keadaan korang yang juga memerlukan duit untuk isi minyak kereta. Akhir kata, jadilah manusia yang ada common sense!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my