Serious?!

Tangan selalu kebas! Mungkin korang terkena Carpal Tunnel Syndrome

Oleh  | 

SINDROM Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome, CTS) ini terjadi sekiranya saraf median kita tersepit yang disebabkan oleh terowong pada sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit. Saraf medium dan Sembilan tendon lain yang sebenarnya membolehkan pergerakan tangan kita dilindungi oleh terowong ni.

Carpal Tunnel Syndrome ni akan menyebabkan rasa kebas pada tangan, sakit dan menjadikan tangan semakin lemah. Tanda-tanda awal seperti kebas di hujung jari boleh melarat ke bahagian tengah dan lengan sekiranya tidak dirawat.

Korang yang selalu menggunakan pergelangan tangan ini berisiko untuk kena Carpal Tunnel Syndrome ni dan biasanya orang sekarang banyak melakukan aktiviti yang menggunakan pergelangan tangan. Contohnya seperti menaip di computer, menggunakan telefon bimbit dan pelbagai lagi.

Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk korang yang mengalami masalah ini iaitu dengan merehatkan tangan dengan pek ais, memakai anduh pergelangan tangan, ubat seperti steroid dan non-steroidal anti-inflammatory drug ataupun pembedahan jika symptom semakin teruk.

Sis juga sarankan yang korang kena tukar cara korang menggunakan tangan korang tu contohnya masa menaip, jangan rehatkan pergelangan tangan di meja sambil menaip ianya hanya akan membuatkan korang bertambah sakit.

Selain itu korang boleh juga tengok di Youtube macam mana cara untuk urut pergelangan tangan untuk mengelakkan dari terasa sakit dan kebas. Tapi kalau korang rasa macam sakit berlarutan better korang pergi check dengan doktor.

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my