Serious?!

Tangkap leleh! 4 lagu Korea ni memang boleh buat korang ‘koyak’

Oleh  | 

SALAH satu benda penting yang boleh membangkitkan suasana ialah muzik. Sebab itulah kalau korang tengok drama Korea, scene sedih mereka benar-benar menjadi. Salah satu sebabnya ialah muzik yang dimainkan sewaktu scene tersebut benar-benar sadis sampai boleh buat kita menangis.

Maka, tidak hairanlah kalau selalunya lagu-lagu yang menjadi tema sesuatu drama akan cepat meletup dan menjadi siulan orang ramai. Namun, ternyata banyak juga lagu yang boleh bikin korang sedih juga walaupun tidak menjadi runut bunyi mana-mana drama.

Berikut adalah 5 lagu Korea yang sangat sesuai terutama sekali untuk korang yang baru putus cinta.

BTOB I’ll Be Your Man

BTOB adalah kumpulan penyanyi lelaki Korea yang memang terkenal dengan lagu-lagu tangkap cintan. Ada 7 orang penyanyi kesemuanya dilatih dibawah syarikat rakaman terkenal ialah Cube Entertainment.  I’ll be your man menceritakan bagaimana penyesalan seseorang yang ingin kembali kepada bekas kekasihnya yang pernah disakiti.

Ikon Climax

Lagu ini agak beremosi sebabnya lagu ini merupakan lagu yang dibawa kumpulan ini sebelum debut. Ia menceritakan tentang kesusahan dan masa sulit diorang sepanjang latihan. Dalam lagu ini Bobby menceritakan perasaan rindu dekat ibu dia.

IOI Downpour

IOI adalah kumpulan penyanyi perempuan yang terbentuk selepas mereka menyertai rancangan terkenal Korea bertajuk Producer Season 1. Mereka ada kontrak sebagai setahun. Lagu ini dinyanyikan oleh Seventeen Woozi menandakan perpisahan sebab kontrak dah habis.

EXO Promise

Lagu yang ditulis oleh Lay ini menceritakan janji antara EXO dan EXO L. Ini kerana pada waktu itu ada banyak masalah yang terjadi antara ahli kumpulan terkenal itu. Suara mereka pun sangat kena semasa menyanyikan lagu ini.

Korang rasa macam mana? Mana satu antara senarai di atas yang memang buat korang sedih?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my