Serious?!

Tanpa mengira kaum, lelaki ini selamatkan warga emas cuba bunuh diri

Oleh  | 

BARU-BARU ini seorang warga emas cuba untuk membunuh diri dan telah di selamatkan oleh seorang lelaki. Tindakan beliau telah menyentuh perasaan orang ramai. Pengguna akaun Facebook yang bernama Alvin Ngai telah kongsikan gambar saat genting itu pada hujung minggu lepas.

Bukan itu sahaja, beliau juga menulis akan peringatan kejadian itu bahawa perbuatan yang baik dan menunjukkan sifat prihatin terhadap orang lain adalah penting walau berlainan kaum.

“I saw a Malay friend calming down a Chinese uncle who wanted to kill himself. This scene really touched me.”

Sumber: Facebook

Mengikut sumber, lelaki warga emas itu dikatakan mengalami tekanan melampau disebabkan penyakit fizikal dan membuatkan dirinya berjalan berseorangan pada jambatan dan cuba untuk terjun ke dalam sungai.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Muar Mohd Jefri Jamal mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan warga emas tersebut diselamatkan oleh orang awam setelah berjaya ditenangkan dan dihantarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Facebook

Netizen memberikan banyak komen-komen positif dan memuji tindakan pantas lelaki yang menaiki motorsikal itu. Di samping itu, kesedaran kesihatan mental juga turut digalakkan.

* If you are lonely, distressed, or having negative thoughts, Befrienders offers free and confidential support 24 hours a day. Contact Befrienders KL at 03-79568145 or 04-281 5161/1108 in Penang, or 05-5477933/7955 in Ipoh or email [email protected].

 

Sumber:malaymail.com

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my