DhiaLova

Tapi kalau dah ‘toxic’, silalah angkat kaki!

Oleh  | 

PERCINTAAN sepatutnya menjadikan kamu lebih tenang dan mengindahkan.

Namun, hubungan seperti itu hanya akan terjadi sekiranya masing-masing saling menghargai dan menghormati. Jika yang berlaku sebaliknya, sesuatu hubungan itu pasti akan retak dan mengganggu perasaan apalagi mental seseorang.

Toxic relationship terjadi sekiranya salah seorang daripada pasangan tersebut tidak memberikan komitmen dan komunikasi dengan baik antara satu sama lain. Lebih menyedihkan sekiranya anda berasa takut atau terancam sepanjang perhubungan.

Ini lima petanda yang menunjukkan kamu sedang berada dalam toxic relationship.

via GIPHY

    • Kamu atau kedua-dua pihak tidak boleh menerima kekurangan antara satu sama lain.
    • Hanya salah seorang yang diberi peluang untuk meluahkan apa yang di rasa.
    • Kamu selalu menyalahkan atau mengelak untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu isu
    • Pasangan kamu memanipulasi dan menggunakan anda untuk kepentingan tertentu
    • Akibat selalu dipandang rendah, anda selalu merasa tidak cukup dan hilang keyakinan diri

via GIPHY

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Bukan mudah untuk memutuskan percintaan anda apalagi jika hubungan itu begitu intim dan telah dibina selama bertahun-tahun lamanya.

Namun, sekiranya kamu menyedari bahawa kamu sedang berada dalam sebuah perhubungan yang tidak sihat, maka ini antara yang perlu kamu lakukan.

Kamu perlu menyayangi diri kamu lebih daripada sesiapapun. Kamu perlu tahu bahawa kamu sangat berharga dan tidak ada satu orang pun yang boleh memperlekehkan kamu walaupun dia adalah seseorang yang kamu sayangi. Maka, kamu perlu jelas apa yang membuat kamu tidak selesa.

via GIPHY

Selain itu kamu sendiri boleh bertindak untuk menghentikan kitaran negatif yang berada di dalam perhubungan. Kamu boleh mencari jalan bagaimana untuk menjadikan perhubungan kamu lebih baik daripada sekarang. Mungkin kamu perlu mengalah dan bertoleransi setiap kali bergaduh.

Namun, sekiranya apa yang kamu usahakan tidak juga menjadi, apa kata kamu bertemu kaunselor berdekatan atau luahkan kepada rakan-rakan yang kamu percaya sepenuh hati. Mereka pasti boleh membantu kamu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my