Serious?!

Tasha Manshahar mengandung, suami akui ia bagai mimpi

Oleh  | 

“Indah sungguh percaturan Allah”

TIADA siapa yang dapat meramal dengan tepat tentang apa yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Itulah yang dirasakan oleh Raqib Majid iaitu suami kepada penyanyi Tasha Manshahar apabila isterinya disahkan hamil.

Berkongsi berita gembira baik itu di akaun Instagram rasmi miliknya, Raqib memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen berbunyi

“Segala puji bagi Allah, Ada ‘Raqsha Junior’ dalam Rahim isteri saya. Rasa macam mimpi.

Segala proses berjalan dengan baik.”

Dia juga turut mengaharapkan agar semuanya mendoakan yang terbaik.

Pasangan itu dilimpahi dengan ucapan tahniah dan doa yang tidak putus-putus daripada peminat.

Tasha dan Raqib telah selamat diijabkabulkan pada 8 September lalu di Masjid Jamek Kajang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my