DhiaLova

Tawar hati! Ini cara minta ‘breakup’ paling sopan korang boleh buat

Oleh  | 

HATI dan perasaan memang benda yang tidak boleh dipaksa. Semua orang terluka kalau bercakap tentang hubungan yang terlerai di tengah jalan. Tapi cara kita memutuskan hubungan cinta juga memainkan peranan untuk mengurangkan rasa sakit yang dihadapi oleh kedua-dua pihak. Tak semua orang cukup kuat menghadapi perpisahan.

Namun, menerima hakikat bahagia hubungan korang tidak kemana juga adalah satu tindakan yang perlu. Samai bila kita boleh berpura-pura bahagia dengan perhubungan ini? Jadi, breakup la dengan cara yang paling sopan supaya dia tak rasa begitu sakit dan korang tak dihantui dengan rasa serba salah seumur hidup.

Jadi, ini adalah beberapa benda yang korang jangan buat dan tidak patut korang lakukan sama sekali sewaktu memutuskan percintaan.

Jangan break up dekat tempat awam

Cari tempat yang sesuai yang membolehkan korang bercakap soal hati dan perasaan lebih tenang. Lepas dia dengar berita yang menyedihkan ini, sudah tentu dia akan menjadi begitu beremosi. Dia mungkin marah, sedih dan menangis. Dia juga akan mempersoalkan kenapa korang bertindak untuk  memutuskan perhubungan ini.

via GIPHY

Jangan breakup dekat rumah

Mungkin dia sangat rapat dengan keluarga korang dan datang jenguk ke rumah setiap hujung minggu. Jangan pernah sesekali breakup dekat rumah. Korang kena fikir emosi dia dan boleh ke dia memandu dengan emosi yang sangat menyedihkan itu seorang diri lepas pulang dari rumah korang?

Jangan bagi harapan palsu

Tak payah menjanjikan apa-apa lepas korang breakup. Jangan janjikan macam-macam seperti korang mungkin ada jodoh 2 tahun lepas ini atau ayat

“Kalau lagi 3 tahun kita jumpa balik, saya akan pilih awak,”

via GIPHY

Jangan hina dia

Korang dah la cakap nak breakup. Benda itu pun dah boleh meremukkan hati dia. Jadi, jangan pula pergi tambah luka lagi dengan senaraikan apa benda yang korang tak suka tentang diri dia dari A sampai Z. Pujilah usaha dia dan sisi kebaikan sepanjang dia bersama korang.

via GIPHY

Jangan breakup dekat telefon atau mesej

Penting sebenarnya untuk bercakap isu ini di depan mata. Supaya dia tahu yang perhubungan ini penting untuk korang. Bila dan bersemuka ini, korang akan lebuh banyak bercakap dengan jujur berbanding melalui telefon dan mesej.

Inilah cara nak memutuskan perhubungan paling baik yang boleh dilakukan. Kalau korang dah putus, jangan pula pergi mesej dan minta maaf banyak kali dekat bekas kekasih. Dia perlu masa untuk terima keyataan yang hubungan ini tak menjadi dan move on daripada kenangan tentang korang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my