Serious?!

Taylor Swift ajar macam mana nak tepis soalan lahar makcik bawang!

Oleh  | 

KALAU korang adalah seorang anak dara yang berumur 25 ke atas. Mesti raya ni ada je soalan-soalan sumbang dari makcik bawang tentang bila nak kahwin.

Apa yang lebih menyedihkan ialah makcik yang tanya ni bukannya ada anak lelaki yang handsome dan baik pun nak offer dekat kita. Oppss!

via GIPHY

Korang pun mesti dah garu-garu kepala fikir macam mana nak jawab soalan macam ni. Bukan apa, kita pun mestilah nak jaga air muka makcik tu dan tak nak lah biadap menjawab soalan orang yang lebih tua.

Sebenarnya, inilah juga soalan yang dihadapi penyanyi Taylor Swift setiap kali ditanya bila nak kahwin memandangkan dia bakal menjejaki usia 30 tahun tidak lama lagi.

via GIPHY

Pernah satu hari, seorang wartawan dari Jerman bertanya soalan ini kepada Taylor. Nak tahu apa jawapan Taylor?

“Saya rasa, lelaki tidak pernah dapat soalan macam ni kalau mereka tak kahwin lagi pada umur 30-an. Jadi, saya tak rasa saya nak jawab soalan itu sekarang,” katanya

via GIPHY

Ramai yang memuji jawapan Taylor itu. Tak nampak biadap pun. Secara tak langsung, ia akan buatkan orang berfikir kembali tentang perbezaaan gender.

Korang boleh gunakan jawapan Taylor ini kalau korang nak. Tapi korang sediakanlah juga jawapan lain kalau perlu. Bergantung juga kepada jenis makcik yang korang kena hadapi.

Selamat mencuba!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my