Serious?!

Teknik scammer menjual topeng muka.

Oleh  | 

DALAM rakyat Malaysia mengharungi keadaan yang genting akibat penularan COVID-19, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan.

Disebabkan ramai rakyat yang panik, bekalan topeng muka (face mask) kini telah lama habis diborong. Akibatnya bekalan topeng muka kini menjadi sangat terhad.

Disebabkan situasi sebegini, topeng muka jika ada pun dijual dengan harga yang mahal. Malah, sehingga mencecah lebih daripada seratus ringgit sekotak.

Namun, terbaru yang dikesan adalah memperdaya orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan bekalan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan (hand sanitizer).

Aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) berkenaan barangan yang tidak sampai, dan ada juga yang menerima kotak kosong.

Siraj Jalil berkata, jumlah aduan mengenai penipuan ini didapati semakin meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan lalu.
Pembelian dilakukan atas talian dan setiap hari dianggarkan sepuluh kes yang diterima sejak seminggu yang lepas.  Jumlah keseluruhan boleh mencecah sehingga berbelas ribu ringgit tambah Presiden Siraj Jalil.

Di samping itu, pihak Persatuan Pengguna Siber Malaysia juga mengesan kewujudan scammer yang memantau setiap keputusan kerajaan terutamanya yang membabitkan penggunaan aplikasi.

via GIPHY

Scammer juga dikatakan menggunakan teknik phishing, mencipta laman sesawang yang seakan web rasmi kerajaan untuk menyaringkan maklumat peribadi pengguna.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta melihat isu keselamatan siber lebih-lebih lagi diwaktu Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

Sumber:Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my