Serious?!

Telatah budak main lopak air buat netizen rindu zaman kecil!

Oleh  | 

SEMUA orang pernah melalui zaman ketika menjadi kanak-kanak yang penuh tanda tanya dan persoalan. Rasa ingin tahu yang kuat dalam diri kita membuatkan kita melakukan apa sahaja tanpa perlu memikirkan persepsi yang akan diberikan kepada diri kita. Sebab itulah kita selalu nampak kanak-kanak panjat memanjat, menangis di tempat awam atau buat bising. Mereka tak memikirkan banyak perkara melainkan untuk gembira.

Sebuah status yag dimuat baik pengguna Facebook bernama Rozita Abdul Razak benar-benat mencuit hati. Mana tidaknya, beliau telah berkongsi insiden di mana anak kesayangannya dilaporkan sedang ‘main air’.

Bila abangnya menegur perlakuan adiknya, abangnya pula yang dikejar. Tidak menghiraukan mata-mata yang memandang, budak lelaki tersebut terus berseronok bermain di dalam lopak air sambil berenang-renang lengkap dalam pakaian seragam sekolah.

Terkejut ummi apabila cikgu bagitahu,”Ita anak ko main air!” Ingatkan sikit-sikit saja. Rupanya dia berenang. Apabila abangnya tegur, abangnya pula kena kejar. 

Bila ditanya, jawapan dia, “ummi tak nak bawak adik mandi kolam kenapa?

Malas nak kejar sebab nanti dia lari keliling sekolah. Ummi yang penat. Seronok berganda-ganda bila ramai penonton.

#Anak anugerah illahi.

Status Rozita kemudian telah dikongsikan sebanyak 10 ribu pengguna laman sosial dan menjadi viral dalam tempoh beberapa hari gara-gara tercuit dengan telatah adik tersebut. Rata-rata pengguna internet mula throwback semula kejadian nakal mereka waktu kecil dahulu.

Rupanya ramai yang teringat betapa indahnya zaman kecil masing-masing. Kenangan inilah yang akan kita bawa dan tak mungkin kita ulangi ketika kita mendewasa. Hanya melihat telatah kanak-kanak seperti ini sebenarnya telah membuatkan banyak jiwa tersentuh dan berharap ia akan membesar menjadi seseorang yang berguna.

Sumber: Rozita

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my