D-Life

Tempat menarik untuk berhujung minggu sekitar Kuala Lumpur.

Oleh  | 

TAK tahu nak pergi mana masa weekend? Sebenarnya guys banyak je tempat menarik yang korang boleh lawati di sekitar Kuala Lumpur ni! Tak kesah lah nak lepak bersama kawan-kawan mahupun  berhujung minggu bersama keluarga. Nah, sis senaraikan untuk korang plan okay!

Taman Botani Perdana

View this post on Instagram

Playing like a tourist 😝

A post shared by @ aifaazfra on

Kalau korang nak tahu, Taman Botani Perdana ni merupakan satu-satunya taman tasik terbesar di Kuala Lumpur. Dekat taman ni terdapat banyak kemudahan yang di sediakan. Sesuai sangat lah untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Serious beb, korang takkan bosan sebab  banyak port cantik untuk korang OOTD.

Jalan Alor, Bukit Bintang

Hey! food lover ini tempat korang, Jalan Alor.  Ada lebih dari 20 jenis streets food dengan harga yang murah. Bukan tu je, di Jalan Alor ni juga ada banyak mural di dinding-dinding premis sekitar kawasan tersebut yang boleh untuk korang posing-posing demi Instagram. It’s time to OOTD girls!

Taman Burung Kuala Lumpur

Apa kata kali ni korang cuba sesuatu yang lain sedikit. Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur terdapat satu taman burung yang terluas di Asia Tenggara. Uniknya taman burung ni adalah kerana burung-burung disitu tidak disangkarkan dan dilepaskan di habitat masing-masing. Sesuai lah untuk korang yang nak beriadah bersama keluarga tu. Feeling-feeling back to nature!

Dataran Merdeka

Walaupun ada di antara korang selalu je lalu-lalang disekitar kawasan ni tapi mesti ramai yang tak tahu apa yang ada dalam bangunan Sultan Abdul Samad ni kan? Dalam bangunan ni terdapat satu muzium tekstil yang boleh korang lawati untuk belajar tentang sejarah kain dan tekstil di Malaysia. Yang paling best masuk adalah percuma! Kan dah jimat duit korang!

Taman Eko Rimba

Minat hiking tapi tak ada masa? Jangan risau! Korang sebenarnya boleh je hiking di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Korang boleh cuba di Taman Eko Rimba sebab dekat taman ni ada trek untuk hiking dan canopy walk atau jambatan gantung bagi mereka yang sukakan cabaran. Ada berani ke sis? 

So apa kata korang? Tak perlu nak pergi jauh-jauh dekat Kuala Lumpur ni pun dah ada banyak tempat yang best untuk korang beriadah dan yang paling penting murah, dekat dan berbaloi-baloi beb!

 

Penulis: Gee Muhamad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my