D-Life
Tenang sis! Ini cara paling cepat nak keluarkan air dalam telinga
BENDA paling tak best kalau berenang ialah telinga masuk air sampai potong mood kita nak bergembira. Dah satu hal pula member kena cakap sambil menjerit-jerit sebab telinga kita tak berapa nak dengar. Kadangkala, telinga kita tiba-tiba jadi sakit dan kita rasa tak selesa.
Sebenarnya ada beberapa benda yang korang boleh buat nak hilangkan air dalam telinga korang. Lepas ini tak payah rasa panik lepas kalau nak berenang.
Iringkan kepala
Cara paling senang nak keluarkan air dalam lubang telinga ialah dengan baringkan kepala dekat tanah. Tutup telinga dengan tapak tangan dan tepuk sikit supaya air tu keluar. Bila air dah keluar, keluarkan air yang masih tersisa guna kapas.
Menguap atau mengunyah
Sebenarnya benda macam ini pun membantu tau. Ketika kita mengunyah atau menguap, kita sebenarnya memberi tekanan kepada telinga di bahagian tengah dan mengeluarkan air dari dalam.
Guna pengering rambut
Cara lain yang korang boleh buat ialah dengan menggunakan pengering rambut. Buka sikit telinga korang dan suakan pengering rambut empat hingga enam inci dari arah telinga. Buat benda ini selama 30 saat.
Tekanan dari dalam
Teknik seterusnya ini diajar oleh seorang doktor bernama Antionio Maria Valsalva dari Itali. Pertama, tarik nafas dalam-dalam dan tutup hidung dengan jari. Tiup udara je hidung perlahan-lahan. Ia akan membuatkan bahagian eustachius di telinga korang akan terbuka.
Ha, demikianlah antara tricks yang korang boleh lakukan kalau telinga korang jadi pekak sebab dimasuki air. Kongsikan artikel ini dekat kawan-kawan yang lain supaya lebih ramai yang tahu.





Komen Terkini