Serious?!

Tenanglah hero Marvel kami, Stan Lee!

Oleh  | 

STAN Lee, pencipta watak-watak adiwira komik Marvel seperti Spider-Man, Iron Man, The Hulk, Black Panther dan barisan watak-watak lain yang menjadi figura penting dalam landskap budaya popular dunia, meninggal dunia pada usia 95 tahun semalam, kata anak perempuannya.

“Beliau merasakan seolah-olah satu kewajipan kepada peminatnya untuk dirinya terus berkarya. Beliau sangat mencintai hidupnya dan kerjanya. Keluarga dan seluruh peminat juga menyayangi beliau. Kehilangannya tiada ganti,” kata anak perempuan mendiang, J.C. Lee dalam satu kenyataan.

 

Beliau bagaimanapun, tidak menyebutkan punca kematian mendiang, tetapi laman berita selebriti popular, TMZ, berkata ambulans dihubungi dan tiba di kediamannya di Hollywood Hills awal pagi Isnin dan meninggal dunia di Cedars-Sinai Medical Center.

‘Stan Lee, luar biasa seperti mana watak-watak yang beliau cipta. Skala imaginasinya melebihi jiwanya yang besar,” kata Bob Iger, Pengerusi dan CEO The Walt Disney dalam satu kenyataan.

Sebagai penulis dan editor, Stan Lee menjadi kunci kepada kejayaan Marvel menjadi titan dalam bidang komik pada tahun 1960-an bersama kolaborasi dengan barisan artis seperti Jack Kirby dan Steve Ditko.

Cetusan kreatif Lee bersama mereka mencipta adiwira penting yang dibaca dan digilai oleh pembaca muda pelbagai generasi. Watak-watak ciptaan Lee diadaptasi menjadi filem-filem pecah panggung apabila Disney membeli saham Marvel Entertainment pada tahun 2009 dengan nilai AS$4 bilion menerusi perjanjian memperluaskan karakter milik Disney dan sebahagian besarnya karya mendiang.

Lee terkenal dengan kameo dalam kebanyakan filem Marvel, antaranya menarik keluar seorang gadis dari runtuhan dalam filem Spider Man tahun 2002 dan pengacara majlis di sebuah strip club untuk filem Deadpool pada tahun 2016. Menerusi filem pecah panggung Black Panther, Lee beraksi sebagai pemilik kasino.

Sumber:  Reuters

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my