Serious?!

“Tengok Adam Lee je la,”-Sweet Qismina malu-malu bicara tentang lelaki

Oleh  | 

SEJAK masing-masing diganding bersama dalam sebuah drama bersiri, siapa sangka cinta dalam hati pelakon muda Adam Lee dan Sweet Qismina perlahan-lahan berputik. Bagaimanapun, pasangan itu tidak pula menyembunyikan hubungan istimewa mereka daripada pengetahuan umum.

Dhia sempat mengusik pelakon Sweet Qismina dalam sebuah acara sebelum ini tentang ciri-ciri lelaki idaman yang dilihat daripada seorang Adam Lee. Nampak segan dan malu-malu pelakon itu menjelaskan Adam memiliki ciri fizikal tinggi dan paling penting tahu bagaimana untuk melayan seorang Sweet Qismina.

Bercerita tentang perkembangan terkini, nampaknya artis muda ini makin ‘laris’ apabila bakal membintangi sbeuah filem. Bukan itu sahaja, dengarnya pada tahun ini juga Sweet bakal muncul dalam sebuah filem bertajuk Kenderaan Berat Ikut Kiri.

Apa yang lebih menarik perhatian Dhia ialah Sweet Qismina bakal mengembangkan sayapnya untuk menceburi bidang seni suara.

“Saya baru sahaja menandatangani kontrak bersama Warner Music dan bakal keluarkan satu single,” katanya.

Instagram Sweet Qismina

Namun, Sweet enggan mengulas panjang mengenai berita itu dan meminta agar peminat dan orang ramai mendoakannya. Artis itu akan berkongsi pengalaman dan perjalanan kariernya menerusi media sosialnya dari semasa ke semasa.

Semoga berjaya kami ucapkan kepada Sweet Qismina!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my