Serious?!

Tengok reaksi Anjing ini bila jumpa balik mainan kesayangan lepas kebakaran

Oleh  | 

SIAPA sangka pertemuan seekor anjing dengan permainan kesayangannya boleh menjadi sangat menyentuh hati.

Satu dunia sudah mengetahui apa yang terjadi di Australia apabila banyak kebun, hutan dan kediaman yang terbakar akibat kebakaran. Begitulah yang dihadapi oleh Zagami sekeluarga. Rumahnya yang terletak di Wairewa, Australia hampir musnah akibat kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, ladangnya juga menerima nasib yang sama.

Ketika mereka sekeluarga pulang untuk melawat rumah mereka, anjing kesayangannya bernama OJ berjaya menemukan patung mainan kesayangannya yang ternyata masih selamat akibat kebakaran itu. Anjing berwarna oren itu ternyata sangat teruja apabila bertemu semula dengan kawan baiknya.

“OJ pulang ke rumah hari ini dan dia berjaya menemui patung mainan kesayangannya dalam kebakaran ini,” 

Berita itu dikongsikan wartawan tempatan menerusi akaun Twitter.

Rumah keluarga Zagami merupakan salah satu daripada 11 rumah yang hangus di Wairewa. Namun mereka bernasib baik kerana terselamat daripada kebakaran itu dan tiada seorang pun mengalami kecederaan.

Ha, kalau ada sesiapa yang hilang mainan. Korang boleh tanya OJ. Mesti dia boleh tolong cari. Hiks!

Sumber: Thedodo.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my