Dhia Glam

Tepi sikit, Instafamous Aniskiss nak kongsi cara stail OOTD!

Oleh  | 

HA, mungkin korang semua dah tahu yang Instafamous bernama Anis inilah yang jadi orang tengah untuk Elfira Loy dengan suaminya.

Tapi kali ini bukan nak sembang macam mana dia carikan jodoh orang lain. Kali ini team Dhia nak sembang dengan Anis macam mana agaknya cara dia pilih style baju seharian.

Tak percaya? Cuba tengok OOTD dia yang kebabom! So, korang kat luar sana tu boleh la ambil inspirasi dari temu ramah ni.

FOTO: Instagram _anisskiss

FOTO: Instagram _aniskiss

Bila ditanya, apakah benda pertama yang Anis akan lakukan sebelum memilih pakaian. Ini jawapan Anis,

“Selalunya kalau Anis nak keluar ke event, Anis akan plan dalam kepala apa nak pakai.

Jadi lepas Subuh, baru saya akan suai padankan kasut dengan tudung”

FOTO: Instagram _aniskiss

Nampakya anak kepada pelakon Rosyam Nor ini juga suka dengan warna-warna natural.

“Tapi ikut juga. Kalau saya rasa macam nak kelainan pada diri. Saya akan pilih satu atau dua warna dalam whole look”

FOTO: Instagram _aniskiss

Ditanya apakah ikon fesyen kesukaan kelahirannya. Anis nampaknya lebih memilih cita rasa fesyen blogger fesyen  Dalal Al Doub.

“Penampilan dia sophisticated dan ada banyak lapisan tapi masih sopan dan cantik,” katanya

So kalau orang suka look macam Anis, bolehlah tiru untuk tampil lain dan cantik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my