Serious?!

Tergamak! Wanita ini menjual 4 orang anaknya kepada orang ramai

Oleh  | 

KEJADIAN ini berlaku pada tahu 1948 di mana seorang wanita yang bernama Ray Chalifoux yang menjalani kehidupan yang susah. Akibat kehidupannya yang susah itu Ray dikatakan menjual 4 orang anaknya kepada orang ramai.

Yang sis tak boleh terima apabila dia meletakkan satu papan tanda yang besar menyatakan kanak-kanak untuk dijual besertakan anak-anaknya di hadapan rumah mereka. Kesian sangat tengok anak-anaknya keilhatan dalam keadaan keliru.

Foto:1.bp.blogspot.com

Keadaan menjadi terdesak apabila Ray Chalifoux dan suami dihalaumkeluar dari rumah mereka. Ada sumber yang menyatakan gambar tersebut hanyalah sekadar lakonan sahaja, namun ibu kepada empat orang anak ini memang menjual anak-anaknya!

Kesemua anak-anaknya terjual dalam masa dua tahun kepada keluarga yang berlainan belaka. Keempat adik-beradik ini akhirnya terpaksa berpisah. Kedua daripada adik beradik tersebut ditukarkan nama oleh kedua ibu-bapa yang baru dan nasib mereka bertambah lebih teruk.

Foto:4.bp.blogspot.com

Kedua mereka sering didera dan dirantai disebuah bangsal. Bukan itu sahaja, mereka juga dipaksa untuk bekerja lebih masa di ladang punyaan keluarga baru mereka tu.

Keduab lagi daripada adik beradik tinggal bersama keluarga yang lain tidak jauh daripada yang lain. Mereka seing melawat adik-adik mereka yang untuk membuka rantai sebelum pulang kerumah masing-masing.

Rae Ann merupakan seorang remaja perempuan daripada empat adik-beradik tadi telah melarikan diri setelah trauma dirogol sehingga mengandung dan bayinya diserahkan sebagai anak angkat. Setelah meningkat dewasa, salah seorang daripada adik beradik itu yang digelar Milton menjadi ganas akibat kesan didera. Setelah amukkan itu, Milton ditahan dan menjalani rawatan mental.

Foto:4.bp.blogspot.com

Ibu kandung mereka berkahwin lagi sekali dan melahirkan 4 orang nak perempuan setelah menjual anak kandungnya yang lain! Yang paling mengecewakan, anak-anak yang telah dijual menjumpai ibu kandung mereka dan mereka menyatakan ibu kandung mereka langsung tidak ada rasa serba salah dan tidak pernah meminta maaf kepada mereka. Korang kalau hidup tak terjamin, jangan gatal nak kahwin dulu!

Sumber:Thepatriots.asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my