Inspirasi Dhia

Terharu! Ini reaksi Dua Lipa bila diumum sebagai pemenang Anugerah Grammy

Oleh  | 

SEBUT sahaja Grammy Awards, ia memang  impian dan cita-cita terbesar semua selebriti untuk merangkul trofi anugerah berprestij di dunia itu.

Usaha keras penyanyi pop Dua Lipa nampaknya terbayar kali ini apabila dia dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Grammy 2019 yang betempat di Los Angeles.

FOTO: Getty

Dua Lipa memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Best Dance Recording bagi lagunya bertajuk Electricity dengan kolaberasi bersama Mark Ronson dan Diplo.

Berita baik itu disampaikan sewaktu pra-majlis dan Dua Lipa pada ketika itu sedang bersiap untuk acara karpet merah.

Apa yang lebih mengharukan ialah reaksi artis itu semasa namanya diumumkan sebagai pemenang memang boleh buat kita sebak!

Bukan itu sahaja, Dua Lipa dikejutkan lagi dengan berita gembira apabila diumumkan sebagai Best New Artist untuk Anugerah Grammy kali ini! memang wow!

 

“Ini memang gila! Saya sedang menjaga make up tapi saya sedang menangis di dalam hati. Saya sangat gembira dan bersyukur. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan ini,” katanya ketika ditemuramah oleh media tempatan.

Tiada siapa yang boleh melupakan kenangan merangkul Anugerah Grammy pertama sepanjang karier bergelar selebriti.

 

Tahniah Dua!

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my