Serious?!

Terharu! Setiap pagi wanita ini buatkan tocang gadis yang kematian ibu

Oleh  | 

MEMBESAR tanpa kasih sayang seorang ibu adalah pengalaman hidup yang sangat perit untuk diterima. Tapi pertemuan dan kematian semuanya urusan takdir. Siapalah kita untuk menolak suratan yang telah ditentukan.

Ini cerita yang begitu mengharukan yang terjadi di Utah, Amerika Syarikat. Seorang gadis bernama Isabelle Pierie telah kehilangan ibunya sejak  tiga tahun lalu akibat penyakit aneh pada otaknya. Sejak hari itu, Pieri tidak mempunyai sesiapa lagi yang boleh membantunya untuk mengikat tocang  setiap hari seperti yang dilakukan ibu-ibu yang lain.

Tracy  Dean yang juga seorang pemandu bas menyedari hal itu. Sejak itu, dia mula mengambil alih tugas ibunya untuk membuat toceng pada rambut Pierie setiap pagi sebelum ke sekolah.

“Dia memang sukar untuk membuat tocang sendiri. Saya juga ajar dia untuk sikat rambut. Bila dia dah sikat rambut, dia akan tanya saya. 

“Adakah saya nampak cantik?”, saya akan jawab “Ya, bagus” 

Tracy tidak pernah rasa terbeban untuk membantu Pierie malah menyukainya.

“Tak rugi untuk berbuat baik dengan semua orang apalagi mereka hanya menginginkan sedikit kasih sayang dalam hidupnya,”

Bapa kepada Pierie bagaimanapun mengakui sukar untuk dirinya menguruskan rambut anaknya. Dia tak tahu bagaimana nak buatkan tocang. Maka, dia sangat bersyukur sebab ada orang yang akan membantu anaknya.

Sejak anaknya bertemu Tracy, dia menyedari puterinya menjadi sedikit gembira dan selalu berbangga dengan gaya rambut yang dia ada. Inilah kasih sayang yang kita nak tengok terus ada dalam hidup kita semua. Syabas!

Sumber: iheartintelligence.com

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Ini lah tempat untuk korang jual dan beli barang!

Wujud ke bandar yang hanya ada seorang penduduk sahaja? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my