Inspirasi Dhia

Terkejut Neelofa cari nak bagi hadiah, gadis 4 Flat ini bertekad mahu…

Oleh  | 

MUSIM gradusi menjengah kini dan bermacma cerita dikongsikan warganet di laman sosial. Baru-baru ini gempar di laman sosial apabila sebuah video kejayaan graduan tular apabula menerima keputusan cemerlang 4.0 flat sepanjang 7 semester pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.

Gadis yang heboh diperkataan itu dikenali sebagai Nur Athirah Rushami Zien yang merupakan penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang. Athirah juga merupakan graduan dalam bidang  Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan yang dikhabarkan merupakan antara khursus baharu yang diperkenalkan universiti itu.

Tidak hanya warganet yang terkejut dengan kejayaan yang diciptakan graduan itu, selebriti terkenal tanah air Neelofa juga turut tertarik dengan kepintaran gadis  yang disifatkan merendah diri itu.

Athirah akui begitu terkejut dengan berita yang tular itu dan bersyukur kerana wanita hebat seperti Neelofa menghargai kejayaannya.

Graduan 23 tahun itu mengakui terinspirasi dengan kata-kata Neelofa dan bertekad menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

“Anda benar-benar memberikan inspirasi,” katanya.

Sumber: MStar, Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my