Serious?!

Terpengaruh dengan filem, lelaki ini berubah menjadi pembunuh bersiri

Oleh  | 

HANYA dengan terpengaruh menonton sebuah filem, seorang lelaki bernekad untuk menjadi pembunuh bersiri. Sis macam susah nak percaya takkan lah hanya dengan hanya menonton filem, lelaki ini sanggup membunuh seramai 17 mangsa?

Bila sis research mengenainya, rupa-rupanya di awal kehidupan lagi memang sudah bermasalah. Joel Rifkin merupakan seorang lelaki yang dilahirkan dengan masalah dyslexia  walaupun mempunyai IQ setinggi 128 dan sering dibuli ketika remaja. Oleh disebabkan emosinya tidak dirawat dengan betul, Joel menjadi seorang yang sangat kejam dan tidak mempunyai perasaan simpati terhadap orang lain.

Foto:www.thoughtco.com

Disebabkan masalah yang dilaluinya pada awal kehidupannya, menyebabkan Joel Rifkin sering terasing dengan dunia luar. Lelaki ini terkurung dalam dunianya sendiri dan mula memikirkan perkara yang bukan-bukan seperti mencekik dan menikam wanita.

Semangat dan tekadnya menjadi kuat dan Joel Rifkin nekad untuk merealisasikan impian gilanya itu. Pembunuh bersiri ini mula mendekatkan dirinya dengan pelacur-pelacur sebagai cubaan untuk membunuh pada kali pertama.

Akhirnya, Joel membawa pulang Susie, seorang pelacur dan memukulnya di bahagian kepala kemudian mencekik mangsa sehingga mati. Setelah membunuhnya, Joel mengerat bahagian anggota badannya dan cuba untuk menghapuskan identitinya dengan mencabut gigi dan memotong hujung jari mangsa.

Foto:www.nydailynews.com

Kepala mangsa diletakkan dalam sebuah tin cat kosong dan menyorokkan bahagian anggota badan yang lain dalam sebuah padang golf. Pembunuhannya berterusan sehingga mangsa ke 16.

Foto:www.nydailynews.com

Joel Rifkin ditahan oleh pihak polis selepas didapati memandu kereta tanpa no pendaftaran yang sah. Berlaku kejar mengejar dan akhirnya Joel berlanggar dengan tiang. Pihak polis memeriksa keretanya setelah mendapat satu bau busuk yang kuat daripada belakang keretanya!

Foto:www.newsday.com

Setelah diperiksa, pihak berkuasa mendapati terdapat sekujur tubuh mayat yang sedang mereput di dalam bonet keretanya dan disitu juga lah tamatnya siri pemunuhannya. Joel Rifkin menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukan terhadap mangsa-mangsanya. Hampir kesemua mangsanya di potong kepala dan beberapa anggota badan yang lain menggunakan chainsaw!

Setelah lelaki ini ditahan polis dan melalui pemeriksaan mental, ternyata dia disahkan mempunyai ‘paranoid schizophernia’ di mana individu ini tidak mampu untuk berfikir atau bertindak secara normal dan sukar untuk sedar antara realiti dan halusinasi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my