Serious?!

Terputus di tengah jalan, Ini senarai selebriti yang pernah putus tunang 2019!

Oleh  | 

TIADA siapa yang menginginkan episod percintaan mereka terhenti di tengah jalan. Tapi jodoh adalah urusan Tuhan dan tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui pengakhirannya. Tiada apa yang boleh dilakukan selain akur dengan suratan dan kembali meneruskan hidup untuk masa mendatang.

Berikut adalah antara beberapa selebriti Malaysia yang pernah menghadapi episod putus tunang pada tahun ini.

Awi Rafael, Atikah Suhaime

Beberapa hari lagi sebelum perkahwinan dilangsungkan, tiba-tiba kedua-dua selebriti ini mengumumkan pertunangan mereka dibatalkan. Sempat kecoh juga isu ini dikatakan netizen dan pelbagai spekulasi timbul di atas pembatalan perkahwinan mereka apabila ada ura-ura mengaitkan ia dengan keluarga masing-masing.

Remy Ishak, Ezza Yusof

Hero Malaya, bintang pujaan ramai Remy Ishak sempat membuatkan para gadis terkejut apabila berita pertunangannya putus di tengah jalan. Hubungan pertunangannya dengan ahli perniagaan Ezza Yusof mengalami krisis namun menolak ada campur tangan orang ketiga. Remy mengakui dia belum bersedia untuk menjadi seorang suami.

Syafie Naswip, Aishah Azman

Boleh dikatakan cerita putus tunang paling kontroversi untuk tahun ini apabila kisah cinta mereka terlerai dengan cerita-cerita yang tidak enak didengar. Syafie katanya telah memukul Aishah sehingga memaksa gadis itu membuat laporan polis. Kecoh juga apabila ada yang cakap Syafie bertindak memukul Aishah kerana kantoi dengan hubungan songsangnya selama ini. Namun pihak pendakwa rakya mengklasifikasikan keputusan sebagai Tiada Tidakan Lanjut kerana keterangan tak mencukupi dan Syafie bebas daripada tuduhan tersebut.

Hafreez, Zara Zya

Terbaharu, kedua-dua pelakon ini nampaknya sudah memberitahu umum tentang status pertunangan mereka yang sudah terlerai bagi menjernihkan segala spekulasi dan tanda tanya netizen selama ini. Namun begitu, kedua-duanya telah berpisah dengan cara yang baik. Tiada persefahaman dikatakan menjadi punca mengapa percintaan mereka tidak sampai ke alam perkahwinan.

Demikianlah antara senarai selebriti yang menempuh episod putus tunang yang paling digeruni oleh mana-mana pasangan yang bakal berkahwin. Tak mengapa, pasti ada hikmah semua ini terjadi, Kalau benar mereka berjodoh, mana tahu di masa mendatang mereka akan dipertemukan semula. Jika tidak, semoga mereka akan bertemu seseorang yang lebih baik di masa mendatang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my