Serious?!

The White Room, penjara dera minda

Oleh  | 

BILA sebut pasal penjara je, pada kebiasaannya mesti ramai yang akan fikir sebuah bilik yang kosong dan hanya mempunyai keperluan asas yang kadangkala itu pun tak cukup.

Pada kita, yang sering dibualkan kalau bab hukuman terhadap jenayah ni adalah penjara, sebatan dan hukuman mati. Namun, dalam dunia ini wujudnya satu antara hukuman yang paling kejam di dunia.

The White Room merupakan satu penjara yang bertujuan untuk mendera minda seseorang individu yang telah melakukan jenayah terhadap orang lain. Penjara ni berkonsepkan hukuman dengan hanya menggunakan warna putih dari pelbagai sudut.

Ia dipercayai masih berjalan dan penjara beserba putih ini dikatakan masih lagi digunakan di Iran di Iranian Revolutionary Guard.

Memang nampak simple dan tidak merbahaya pada awalnya. Akan tetapi penjara berserba putih ini merupakan satu penderaan mental yang paling bahaya pada seseorang manusia.

Penjara ini mengamalkan pemakaian serba putih, makanan yang berwarna putih, dan segala barang daripada dinding sehinggalah lampu berwarna putih. Bukan itu sahaja, penjara tersebut sunyi yang teramat.

Foto:Sick Chirpse

Banduan diletakkan dalam bilik tersebut selama berbulan dan pada setiap saat dan masa, mental diibaratkan disiksa walaupun tidak disentuh. Antara kesan-kesan yang boleh nampak apabila banduan di bawa keluar mereka akan lupa diri mereka siapa, lupa nama sendiri, keluarga dan menjadi fobia terhadap warna putih.

Kesan yang terhasil selepas menjalani hukuman dalam penjara berserba putih tersebut kekal sepanjang hidup dan jika cuba dibantu oleh psikiatri, ia dikatakan akan menjadi satu proses yang sangat lama.

Apa pendapat korang tentang penjara ni? Berbaloi ke untuk digunakan lagi pada zaman ini dan pada siapa yang patut digunakan?

Sumber: Unbelievable

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my