DhiaLova

This is the end, dia sudah ‘move on’

Oleh  | 

CINTA sudah berakhir tapi kamu masih teringat-ingat akan si dia? Kamu selalu membayangkan apakah yang sedang bekas kekasih kamu lakukan sekarang. Apakah dia masih mendengar lagu kesukaan kamu atau dia sudah memilih playlist yang dicadangkan orang lain?

Untuk move on, kamu perlu paksa diri kamu melupakan kenangan masa lalu bersamanya. Jika tidak kamu akan selalu berharap. Jika bekas kekasih menunjukkan kamu tanda-tanda seperti di bawah, kemungkinan dia sudah move on terlebih dahulu daripada kamu.

Susah dihubungi

via GIPHY

Selama ini, jika kamu selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp, dia masih akan membalasnya. Tapi jika dia menjawab pesanan kamu dengan begitu singkat atau tidak dapat dihubungi sama sekali, kemungkinan besar dia sudah move on dahulu daripada kamu. Ia juga adalah petanda  yang besar untuk memberitahu  bahawa dia tidak berminat untuk berhubung dengan kamu dalam waktu terdekat ini.

Tidak peduli pada media sosial kamu

via GIPHY

Jika sebelum ini dia selalu memerhatikan Insta Story atau like pada setiap gambar kamu di media sosial. Namun, jika dia tidak lagi melakukan demikian, maka anggap sahajalah dia tidak lagi berminat dengan kamu. Mungkin dia sedang sibuk like atau komen pada gambar orang lain. Oppss!

 Dia rapat dengan seseorang lain

via GIPHY

Kamu mula mendapat khabar bahawa dia sedang rapat dengan perempuan lain. Walaupun belum dapat dipastikan kebenarannya, namun kamu tahu bahawa perhatiannya sudah beralih kepada orang lain dan orang itu bukan lagi kamu.

Memperlihatkan teman barunya kepada umum

Jika dia sudah memperlihatkan temannya itu di laman sosial atau membawanya bertemu rakan-rakan kamu, maka itu petanda besar bahawa dia sudah benar-benar move on daripada kamu. Dia sudah berada di tahap tidak mempedulikan lagi hubungannya dengan kamu seperti sebelumnya. Kamu mungkin sudah lama dapat menjangkakannya. Kamu boleh menangis sambil dengan lagu ini</p

Tapi ingat! kamu mesti berhentilah berharap dan carilah pengganti yang baharu.

Jangan terlalu melayan rasa kecewa sehingga kamu tidak lagi percaya kepada cinta. Jadi, jom move on dan isi jalan hidup kita dengan banyak lagi perkara indah! Atau mungkin siapa tahu sebenarnya jodoh kamu hanya di sebelah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my