Serious?!

Tiada jodoh, Sam Bunkface dan Aida Azira sah bercerai

Oleh  | 

“Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis…rupanya gerimis mengundang,”

Lirik lagu dendangan Zamani ini benar-benar menggambarkan situasi yang berlaku kepada penyanyi utama kumpulan pop punk Malaysia iaitu Sam Bunkface bersama bekas pasangannya, Aida Azira Hussin. Pasangan ini secara rasminya telah bercerai pada Januari tahun ini.

Image result for sam bunkface dan isteri

Foto: Beautifulnara

Berita ini disahkan oleh Aida sendiri atas alasan dia tidak mahu berlaku salah faham tentang perhubungannnya bersama bekas suaminya itu. Mereka berpisah secara baik atas persetujuan kedua belah pihak dan keluarga mereka.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan hubungan mereka sedang bergolak namun masing-masing mengambil keputusan untuk mengunci mulut atas sebab-sebab tertentu. Namun, akhirnya Aida secara rasmi mengumumkan penceraian mereka kepada pihak media bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai tentang status hubungan mereka.

Related image

Pelantun lagu Situasi itu juga telah bertindak memadam foto-foto bersama bekas isterinya itu dan sebelum ini Sam pernah mengakui masih tinggal sebumbung bersama Aida walaupun mereka tidak sehaluan lagi.

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maleeq yang berusia dua tahun ketika ini.

Apapun, semoga Sam dan Aida tabah mengharungi ujian ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku antara mereka. Dhia harapkan dua belah pihak pun stay strong okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my