Be-You-Ty

Hanya gunakan tomato untuk atasi mata panda!

Oleh  | 

KAMU bangun pagi, tiba-tiba, mata kamu berubah menjadi mata panda. Tidak! Besarnya eyebag! Rungut kamu. Itu tandanya kamu kurang rehat.

Mungkin juga disebabkan oleh jadual tidur yang tidak teratur, stres, merokok atau faktor hormon. Antara cara untuk mengubati lingkaran gelap bawah mata ialah dengan menggunakan bahan semula jadi, seperti tomato.

Bahagian kulit bawah mata ialah bahagian yang paling sensitif jika dibandingkan dengan bahagian yang lain. Bahagian tersebut memerlukan perhatian dan rawatan yang khusus.

via GIPHY

Tomato mengandungi pemutih semula jadi selain vitamin A, B dan C yang membantu pertumbuhan kulit baru. Ini dia, empat cara menggunakan tomato untuk atasi mata panda anda!

 

Tomato dan lemon

Image result for lemon and tomato

FOTO: ARY Zauq

Campurkan satu sudu jus tomato dengan satu sudu jus lemon. Gunakan kapas untuk meratakan campuran tersebut ke bahagin bawah mata, rehatkan selama 10 minit sebelum kamu membilasnya dengan air biasa. Amalkan dua kali sehari untuk hilangkan bawah mata yang menghitam.

Tomato, daun pudina dan timun

Timun berupaya membantu menghidrasi kulit manakala daun pudina dapat mengatasi pigmentasi bahagian bawah mata. Caranya, campurkan satu sudu makan tomato dengan satu sudu timun yang sudah dilumat halus. Sapukan di bawah mata dan biarkan selama 10-15 minit. Basuhkan dengan air biasa.

 

Tomato dan lidah buaya

FOTO: xuanhuongho

Ambil daun lidah buaya, dan asingkan isinya. Kemudian campurkan dengan pes tomato yang sudah dilumat halus. Ratakan campuran tersebut pada bahagian bawah mata, rehatkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

 

Tomato dan ubi kentang

FOTO: YelenaYemchuk

Ramai yang tidak tahu, kentang juga mempunyai kemampuan untuk memutihkan kulit. Caranya, kupas kulit ubi kentang lalu potong menjadi dadu kecil. Sagat tomato dan campurkan bersama pes ubi kentang. Ratakan di bahagian bawah mata lalu bilas dengan air sejuk setelah kering.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my