Be-You-Ty

Tidur 8 jam, tapi kenapa masih mengantuk teruk?

Oleh  | 

SELEPAS tidur cukup semalaman, badan kita sepatutnya lebih segar dan bertenaga. Tetapi jika badan kita tidak rasa begitu, di mana silapnya? Meskipun kamu sudah tidur mengikut jumlah jam yang disyorkan, tetapi badan kamu masih penat dan hal ini berlaku dengan begitu kerap sekali.

 

Sukar sebenarnya untuk mencari satu sebab yang tepat mengapa seseorang masih mengantuk dan penat walaupun sudah cukup tidur 7 hingga 9 jam seperti yang disaran pakar. Ada kemungkinan penyebabnya ialah apa-apa yang kita lakukan sebelum tidur. Jika kamu sendiri tidak jumpa sebabnya, ada kemungkinan kamu penat disebabkan  kesihatan mental dan fizikal kamu. Atau mungkin juga kamu rasa tidur kamu cukup, tetapi tidur kamu tidka berkualiti.

Apapun di sebalik semuanya, ini beberapa sebab kamu penat meskipun tidur kamu cukup:

 

Kamu tidak banyak bergerak

Orang selalu kaitkan penat dengan aktiviti fizikal, tetapi sebenarnya aktiviti fizikal seperti work out di gim dapat membantu kamu tidur dengan lebih baik. Malah, tidak melakukan apa-apa aktiviti fizikal langsung sebenarnya boleh buat badan kamu lebih penat meskipun tidur cukup. Lakukan aktiviti fizikal meskipun ringan, pasti dapat mencergaskan hari-hari kamu.

 

Kurang air dalam badan (dehydrated)

Dehidrasi bukan sahaja boleh buatkan kepala kamu ringan dan pening-pening, malah boleh buatkan badan kamu sangat, sangat, sangat penat. Kurang minum air sebenarnya boleh buatkan darah kamu berkurang, menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan begitu cemerlang lalu kamu pun penat sepanjang masa.

 

Kamu sebenarnya mengalami depresi

 

Salah satu simptom depresi ialah kepenatan. Kecelaruan mental ini akan menyebabkan kamu sentiasa dalam keandaan lelah dan lemah, berapa cukup pun tidur kamu. Selalunya orang yang mengalami depresi tidak menyedari dia mempunyai kecelaruan mental sehinggalah dia sedar betapa mengantuknya dia sehari-hari.

 

Kamu minum terlalu banyak kopi

Jika kamu minum kopi 6 jam sebelum kamu tidur, boleh menjejaskan tidur kamu, meskipun kamu tidak menyedarinya. Kopi boleh membuatkan kamu berjaga dan bertenaga, tetapi terlalu banyak minum kopi akan mengundang bala untuk kamu. Kopi sebenarnya akan menjejaskan pengeluaran hormon adenosine, menyebabkan kamu sukar tidur. Jadi kalau mahu tidur yang stabil, kurangkan minum kopi. Minumlah pada ‘waktu-waktu kecederaan’ sahaja.

 

Kamu gunakan terlalu banyak masa dengan telefon bimbit

 

Kamu mungkin biasa mendengar amaran ini, tetapi memang benar, jauhkan diri kamu daripada telefon pintar kamu sebelum tidur! Malah, kamu sebenarnya perlu jauhkan diri kamu daripada semua alat elektronik termasuk TV. Skrin biru pada telefon pintar boleh mencetuskan hormon “wake-up” kamu apabila kamu tidur malam. Kamu mungkin tidak menyedarinya, tetapi ini boleh menghalang kamu daripada mendapat tidur yang berkualiti dan menyebabkan kamu penat keesokan harinya. Jadi, letak telefon pintar kamu jauh-jauh dan tidurlah dengan tenang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my