Be-You-Ty

Tip selepas mewarnakan rambut

Oleh  | 

MEWARNAKAN rambut adalah satu perkara yang menjadi pilihan ramai orang. Kalau korang nak warnakan rambut, tak menjadi masalah pun sebenarnya.

Tapikan sis selalu jugak perasan, kebanyakkan orang yang mewarnakan rambut ni sering nampak kasar dan kering. Dah cantik-cantik warnakan rambut tak lama lepas tu jadi kering teruk.

Macam mana nak buat? Jangan risau, sis ada 5 cara macam mana nak jaga rambut yang dah berwarna tu.

Jangan biar rambut jadi kering

Caranya mudah saja, korang amalkan penggunaan minyak zaitun 30 minit sebelum korang syampoo rambut dan pastikan korang gunakan conditioner yang bersesuian untuk mengekalkan kelembapan rambut tu. Rajin-rajinkan diri untuk menggunakan masker yang khas untuk rambut juga ya.

Kurangkan mendandan rambut

Bila korang dah warnakan rambut tu, pastikan korang kurang mendandan rambut seperti curling atau rebonding bagi  mengurangkan tekanan pada rambut. Yang penting juga, korang kena tahu haba yang digunakan ketika rawatan rambut itu berjalan, menyebabkan risiko untuk rambut menjadi kusut adalah tinggi.

Gunakan syampu khas untuk rambut

Korang wajib menggunakan syampu yang khas untuk rambut berwarna. Ini disebabkan syampu yang biasa tidak mempunyai kelebihan yang bersesuain untuk kategori rambut berwarna. Jadi, pastikan korang pilih syampu yang sesuai untuk rambut berwarna.

Cuci rambut dengan air sejuk

Kalau korang nak mencuci rambut, sis sarankan dekat korang untuk menggunakan air sejuk untuk membilas rambut tu. Ini disebabkan kalau korang cuci rambut dengan air panas, tanpa sedar folikel rambut akan terbuka dan seterusnnya membuatkan rambut kering. Kalau nak mandi air panas, gunakan shower cap sebagai pelindungan!

Serum rambut

Penggunaan serum adalah baik untuk rambut disebabkan ia mengandungi banyak makanan tambahan yang cukup sesuai untuk mengekalkan rambut sihat dan berkilat.

Lepas ni korang yang rambut berwarna tu jangan miss untuk amalkan tips-tips ni kalau korang nak rambut berkilat dan cantik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my