Dhiaventure

Tip travel paling ‘awesome’ untuk hijabista kaki ‘selfie’!

Oleh  | 

Wah bukan excited lagi gugurls dekat luar sana kalau diajak bercuti. Mulalah terbayang pantai, bukit dan dinding lawa sebagai spot ambil gambar. Bila tarikh penerbangan hampir tiba, mulalah merancangan OOTD paling vasss sepanjang percutian.

Jangan risau semua, team Dhia ada beberapa tip paling owesome untuk kamu ikut. Jom kita tengok!

Buat pilihan tepat

via GIPHY

Memang rambang mata nak pilih mana satu outfit sesuai untuk bercuti. Mulalah menggeledah almari untuk lakukan sesi suai-padan pakaian. Perkara ini penting agar kamu tak membawa banyak sangat pakaian atau menyebabkan bahu kamu sakit kerana terpaksa memikul beg yang penuh pakaian itu. Jadi, apa kata kamu pilih pakaian yang memiliki warna sesuai digayakan. Contohnya kamu bawalah skirt yang sesuai dipakai untuk dua atau top berbeza. Kamu juga boleh memilih pakaian yang bewarna monokrom dan dipadankan dengan hijab dan kardigan pelbagai warna.

Padankan sebelum lipat

via GIPHY

Ha! Sebelum kamu lipat dan masukkan pakaian kamu ke dalam beg. Kamu harus  menyusun pakaian kamu dengan meletakkannya di lantai. Ini penting supaya tidaklah kamu termanggu-manggu nanti memikirkan skirt itu harus dipadankan dengan tudung warna apa.  Ini akan menjimatkan masa kamu sewaktu mengembara.

Pilih pakaian paling selesa

via GIPHY

Untuk menempuh perjalanan panjang di atas kapal terbang. Pastikan kamu memakai pakaian paling selesa. Kalau kamu merasakan jeans adalah teman travel paling terbaik, go for it! Sebaik sahaja kamu tiba di destinasi, jangan lupa untuk menukar pakaian kamu kerana secara psikologinya ia akan memberikan aura gembira untuk menjadikan kamu lebih bersemangat!

Alamak, tak bawa iron!

via GIPHY

Malulah kalau baju sudah cantik tapi berkedut seribu. Ha, jangan risau. Kalau kamu tinggal di hotel, pasti mereka menyediakan kemudahan seperti seterika. Kecuali kalau kamu rela berhabis banyak duit untuk menggunakan perkhidmatan dobi mereka. Kalau kamu nak lebih mudah, apa kata kamu pilih baju yang memang tak perlu di gosok atau jenis kain yang boleh meminumkan kedut. Caranya ialah kamu gantungkannya di hanger semasa kamu mandi air panas. Wap air itu akan menghilangkan kedutan tersebut.

Gunakan teknologi

via GIPHY

Kita tinggal di era teknologi yang segala informasi boleh didapatkan di hujung jari. Gunakan google street untuk melihat kawasan sekitar hotel kamu dan kawasan yang boleh dijadikan tempat selfie kamu. Ia akan memudahkan kamu untuk mencari lokasi dan menjimatkan masa daripada tersesat ke mana-mana. Pastikan kamu mempunyai data yang cukup untuk muat naik gambar-gambar kamu di sosial media! Have fun!

 

 

Sumber: HHWT

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my