Oh-Oh-Tee-Dee

Tips bergaya hijabista ala Bella Dally!

Oleh  | 

NAMA Bella Dally tidak asing lagi dalam dunia lakonan di Malaysia. Semenjak mengenakan hijab, aktres berumur 28 tahun ini kelihatan lebih menawan dan hijabista sangat! Semua outfit yang digayakan Bella on point habis!

Kali ini team Dhia nak share dengan korang tips-tips untuk jadi hijabista macam Bella Dally. Jom kita go through gambar-gambar ootd Bella yang sememangnya cantik dan fashionable!

Tudung warna basic

Warna-warna basic seperti hitam atau putih sangat sesuai dipadankan dengan apa-apa jenis outfit. Bella memilih untuk mengenakan long dress berwarna hitam bersama shawl putih dalam gambar ini dan ternyata ootd Bella kelihatan sangat cantik dan wow!

Tudung bercorak untuk tampilkan kelainan

Laksa ✔️ Cendol ✔️ What’s next? . . Scarf: @galeriariani #BellaforAriani

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Kalau korang dah boring asyik pakai tudung yang plain je, korang boleh try pakai tudung yang bercorak macam Bella. Kalau tudung tu warna pastel lagi cun! Tapi make sure if korang dah pakai tudung bercorak, jangan la outfit korang bercorak juga. Cari baju yang plain pula tapi sesuaikan dengan warna dan corak tudung yang korang pakai.

Matching warna tudung dan outfit

Thanks @ashraffzainal for agreeing to design my last minute custom made dress! Phewww 😅 Paired it with a burgundy shawl by @galeriariani 🥰 . . . Photo: @badrulazhar_

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Tips ni sangat simple tapi result dia mesti wow punya! Padankan warna tudung dan outfit korang dengan warna yang sama. Nak nampak lebih menarik, korang pakai handbag atau kasut korang dengan warna yang berbeza pula macam ootd Bella ni. Nice kan?

Mix and match baju bercorak dengan tudung warna pastel

Selain tudung warna basic, korang juga boleh gayakan baju bercorak dengan tudung berwarna pastel. Bella mengenakan tudung warna senada dengan warna dress nya dalam gambar ni. Omg stunning habis!

Pelbagaikan shawl korang untuk nampak stand out


Haaa, yang ini dikira penting juga dalam hukum berfesyen ye. Korang kena kreatif gayakan shawl korang untuk nampak stand out dan trendy. Tengok contoh macam Bella ni. Style teruk uolss.

So ini 5 tips dari Dhia untuk gadis-gadis berhijab yang ingin jadi fashionable macam Bella Dally. Korang boleh checkout juga instagram Bella Dally sendiri untuk tengok banyak gambar ootd Bella yang mungkin boleh jadi sumber inspirasi pada korang. Selamat mencuba ladies!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my