SuperDeals

Tips budget! Amalkan langkah-langkah ini untuk jimat minyak masak korang

Oleh  | 

MEMASAK merupakan sesuatu tips yang boleh menjimatkan duit korang berbanding makan luar pada setiap hari. Lagi-lagi yang tengah duduk rumah sewa tu, memang akan ada housemate yang masak daripada makan luar.

Korang bayangkan kalau makan dekat restoran pada setiap hari, tak ke rugi? Sedangkan korang boleh masak dekat rumah dan jimat banyak! Sebulan sekali korang beli barang dapur dan boleh rasa perbezaannya dekat saving korang tu.

Tapi sis nak cakap jugak kalau korang memang suka memasak setiap hari untuk makan, korang kena jugak tahu macam mana nak jimat minyak masak yang korang beli tu.

Jangan ber-goreng lama-lama!

Kalau korang nak goreng ikan ke apa ke yang memerlukan penggunaan minyak masak, korang kena pastikan minyak tu tak panas terlalu lama sampaikan naik berasap. Goreng dengan masa yang secukupnya untuk makanan tu cukup masak dan terus tutup api! Biarkan minyak sejuk.

Suhu ‘Deep Fry’

Penting jugak untuk korang dapatkan suhu gorengan yang betul supaya korang tidak menggoreng dengan lebih lama. Jangka suhu deep fry ni dapat bantu makanan yang digoreng tu masak dengan cepat. Jimat masa, jimat minyak!

Tapis minyak gorengan

Selain dari memasak  gorengan dengan cepat, korang pastikan makanan yang telah digoreng tu ditapis sewaktu diangkat. Sedar tak sedar, tips ni dapat membantu kekalkan kebersihan minyak korang dengan lebih lama. Jadi tapis, jangan tak tapis!

Jangan campur minyak baru

Lepas selesai menggoreng, korang pastikan minyak yang sejuk tu ditapis menggunakan penapis yang halus, seperti penapis teh atau kertas turap. Supaya korang boleh simpan minyak tu dengan bersih dan jangan sama sekali campur dengan minyak baru.

Simpan minyak dalam peti sejuk

Salah satu cara untuk kekalkan minyak korang bersih dan berkualiti, korang pastikan minyak yang korang yang dah sejuk dan ditapis tu disimpan dalam peti sejuk. Jangan risau, bila korang nak pakai lagi minyak tu akan cari dengan cepat bila korang dah keluarkan daripada peti sejuk.

Harga minyak masak memang mahal dan sebab itulah pentingnya korang amalkan tips-tips ini untuk mengelakkan daripada membazir. Sembang pasal minyak masak ni, check out minyak masak yang ada kat Superdeals ni harga dia dahsyat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my