Dhia Glam

Tips gayakan outfit warna neon yang boleh buat korang nampak stylo!

Oleh  | 

Biasanya kita akan cuba untuk elak daripada pakai outfit yang berwarna neon sebab akan nampak kita pelik dan over. Tapi sekarang ni warna neon dah in balik mengikut trend fashion. Menggayakan outfit berwarna biru elektrik, pink, kuning atau hijau muda akan buat kita stand out berbanding orang lain.

Tambahan lagi sebenarnya warna seperti ini membuatkan kita nampak penuh energetic dan fresh. Tapi cara penggayaan outfit untuk warna seperti ini kenalah betul. So, macam mana nak gayakan outfit berwarna neon dengan stylo tanpa perlu nampak over? Haaa, Dhia tahu caranya. Meh Dhia share sikit dekat korang. Semoga bermanfaat!

1.  Combine warna neon dengan warna basic

FOTO: Marie Claire

Haa, kalau korang nak nampak stunning, cuba mix and match kan warna neon dengan warna basic. Contohnya, warna hitam, putih atau kelabu. If baju korang warna neon, padankan pula dengan seluar atau skirt yang berwarna putih atau nude. So, kita dah playsafe untuk tak nampak over dekat situ ye!

2.  Ber ‘neon’ kena pada tempat

FOTO: hers-magazine.com

Dhia sarankan pada korang kalau nak kenakan outfit berwarna neon, elakkan pakai warna seperti ini di majlis yang formal. Karakter warna neon ni lebih sesuai dipakai ketika keluar bersantai yang relaks relaks je. Betul tak? Nanti tak ada lah korang kena cop overdressed, lepas tu semua orang pandang-pandang. Mengundang makcik bawang pula!

3. Jangan pakai aksesori berlebihan

                         FOTO: Marie Claire

Warna neon pun dah cukup untuk buat kita nampak stunning. So cuba elakkan pakai aksesori seperti subang, rantai atau gelang yang banyak.  Tips ini termasuk juga dengan handbag dan kasut korang. Minimalkan warna dan corak supaya tidak kelihatan over.

4. Padankan dua warna neon

FOTO: World of female

Okay yang terakhir sekali, kalau korang sejenis yang fearless, korang boleh cuba combine dua warna neon untuk outfit korang. Tapi ingat guys, dua warna sahaja ye jangan terlebih warna pula. If baju korang warna pink, korang boleh match kan seluar atau skirt warna kuning ataupun biru. It’s time to stand out from the crowd!

So, macam mana? Dah ready nak mix and match outfit neon korang hari minggu ni? Lets do this ladies!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my