Be-You-Ty
Tips nak nampak kaki panjang, ini teknik ‘pro’ ilusi untuk korang!
SIS suka betul bila scroll laman Instagram aktres popular Hollywood, Zendaya. Dah la cantik, bijak berfesyen dan setiap pose dalam gambar yang dikongsi mencipta satu fenomena. Lebih-lebih lagi apabila Zendaya menayang bentuk kaki yang panjang lampai. Namun tidak peliklah, beliau sendiri mempunyai ketinggian 1.78 sentimeter.
Jadi agak-agak macam nak nampak tinggi galah tanpa perlu edit gambar sampai rosak? Dan perlu ke setiap kali untuk pose kena buat gaya barbie leg? Aduh, penatlah kalau macam ni. Followers korang pun mula jadi bosan.
Tukar selera fesyen korang untuk kelihatan tinggi lampai! Banyak cara kreatif yang korang boleh mengubah ilusi. Jom cuba tips yang sis nak bagi ni.
Warna top & bottom perlu match
Paling mudah ialah kenakan sahaja jumpsuit tapi beringat tidak semua bentuk badan sesuai dengan potongan jumpsuit. Tukar dengan top & bottom dengan rona yang sama, ianya memberi ilusi pada yang melihat korang. Sukar untuk tentukan mana mula dan hujung bentuk kaki. Pilih rona gelap sebab ia antara beri efek yang terbaik.

Tuck-in baju
Kalau korang fikir tuck-in baju hanya untuk kelihatan kemas atau chic, korang silap! Teknik ini mampu beri efek pinggang dan kaki lebih panjang manakala badan lebih pendek. Korang boleh pergi lebih ekstra dengan padankan dengan high-waisted bottom.

Panjang skirt
Buat korang yang suka mengenakan skirt pula, perlu berhati-hati apabila memilih panjang skirt supaya tidak kelihatan lebih pendek. Pilih skirt yang jatuh pada atas atau bawah lutut dan menutup seluruh kaki. Elakkan memakai skirt paras betis kerana ianya bahagian kaki yang paling besar, kalau pakai juga totally wrong and nampak lagi pendek.

Mainan warna kasut
Biasa nak nampak tinggi kena pakai kasut tumit tinggi bukan? Tidak semestinya, korang boleh pilih warna kasut yang sama rona dengan warna kulit korang. Dua warna yang sama ini mampu mencipta ilusi kaki tampak lebih panjang. Selain itu, padankan warna kasut dengan warna stoking atau seluar.

So, macam mana? Agak-agak boleh tak follow tips diatas? Korang bukan sahaja berjaya achieve nampak lebih tinggi lampai tapi tahu teknik berfesyen yang tepat.
Selamat mencuba!
Bila dah champion bab fesyen, apa kata champion pulak bab makeup. Boleh baca artikel 15 krim asas terbaik untuk korang!
Penulis: Izzah Ab Aziz





Komen Terkini