Inspirasi Dhia

Tipulah kalau tak pernah menangis, Ini 5 tanda yang korang gadis yang tabah

Oleh  | 

BENDA yang kita semua kena faham ialah meyakinkan diri sendiri bahawa tidak mengapa untuk menangis. Ia bukanlah petanda lemah tetapi sebagai petanda bahawa kita juga manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Bukti seseorang itu kuat tidak pernah diukur dengan berapa kerap dia menangis. Namun, apa yang penting ialah seberapa kerap seseorang itu bangkit selepas beberapa siri kekalahan.

Jom kita lihat ciri-ciri perempuan yang tabah, mungkin korang salah seorang daripadanya.

via GIPHY

Keluar dari zon selesa

Seorang gadis yang tabah memiliki personaliti yang tidak takut mencuba perkara baru dalam kamus hidupnya. Dia tidak pernah kecut dan takut dengan segala cabaran yang ada. Dia tidak selesa hidup di dalam keadaan yang sangat selesa kerana ia akan membuatnya stuck. Sebab itulah mereka selalu mencuba banyak perkara kerana tidak mahu hidupnya terasa membosankan.

via GIPHY

Mempunyai prinsip yang kuat

Korang bukannya tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Namu korang mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah digugah. Korang sangat memilih dah tidak sewenang-wenangnya membiarkan orang menilai korang. Korang juga tak mudah mempercayai cakap-cakap orang.

via GIPHY

Fokus kepada penyelesaian

Bila ada masalah, korang tidak terlalu mengikut perasaan dan tertekan. Korang cuba untuk bertenang dan cuba berfikir apakah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Korang juga memilih untuk selalu bersabar dan itulah yang menjadikan korang lebih istimewa.

via GIPHY

Menghargai diri

Antara karakter kuat yang korang miliki ialah korang tahu caranya mencintai diri sendiri. Maka sebab itulah korang jarang mempunyai krisis kepercayaan diri sendiri. Korang memahami keadaan dimana tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Maka sebab itulah korang berusaha menjadikan kekurangan itu sebagai sebuah kelebihan.

via GIPHY

Korang berjaya tanpa menjatuhkan orang lain

Korang juga memiliki peribadi yang sangat berkualiti. Korang mempunyai prinsip untuk selalu berusaha dan melayan dengan baik mereka yang berada disekeliling korang. Kamu tidak menyakiti dan menjatuhkan orang lain malah membantu orang lain untuk sama-sama hebat.

via GIPHY

Ha, setelah membaca kesemua ciri  ni. Agak-agak korang ada tak kesemua ciri di atas? Kalau ya, korang adalah gadis istimewa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my