Serious?!

“To all girls yang drive sorang-sorang dekat situ…” – Gadis ini kongsi detik-detik cemas

Oleh  | 

SEKARANG ni macam-macam kes jenayah kita dengar melalui media massa. Setiap hari, ada je kes-kes baru berlaku dan apa yang membimbangkan kebanyakan mangsanya adalah kaum wanita. Scary nya!

Baru-baru ini seorang gadis telah berkongsi satu kejadian yang menimpanya menerusi twitter. Menggunakan tweet handle @AtikaJamaluddin, gadis ini telah menulis thread tentang kejadian yang berlaku pada dirinya sewaktu memandu di Pandan Indah. 

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Mengikut perkongsiannya, sewaktu dia memandu untuk menghantar barang, dia telah berhenti untuk membuat pusingan u-turn. Tiba-tiba datang satu motor dari arah belakang dan berhenti di tepi pintu bahagian penumpang. Mata penunggang motor itu tertumpu di bahagian belakang seat seolah-olah sedang mencari sesuatu. Kemudian, penunggang motor tersebut terus bergerak memasuki satu lorong tanpa sempat gadis itu melihat nombor plate motosikalnya.

Menerusi thread itu lagi, gadis itu turut berkongsi satu cerita yang didengarnya dari seorang pemandu grab. Pemandu grab itu juga telah mengalami kejadian yang sama dan apa yang lebih menakutkan, pemandu grab itu diacukan pistol dari luar keretanya. Tanpa menunggu lama pemandu grab itu terus memecut keretanya.

Tweet yang telah mendapat 6.1k retweet dan 2.7 likes ini telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Rata-ratanya melahirkan rasa bimbang dengan apa yang berlaku terhadap gadis itu.

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Bahaya betul nak kemana-mana zaman sekarang ni. Malang tak berbau so korang kena berhati-hati dan bersiap sedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku. Kalau boleh jangan selalu keluar bersendirian lagi-lagi di kawasan yang sunyi okey?

BACA:   Ini 5 tips ‘survival’ gadis moden di bandar!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my