Serious?!

Toksik?! Ini 4 tanda tempat kerja korang…..

Oleh  | 

KERJA-KERJA jugak tapi korang happy tak? ha korang pernah tak korang rasa macam tak kena je di tempat kerja korang tu? Balik kerja je rasa letih sangat padahal kerja tak ada lah heavy sangat pun.

Pernah tak terifkir yang surrounding di tempat kerja korang tu sebenarnya punca kenapa korang rasa letih dan lesu walaupun kerja tak lah busy mana pun.

Sis cadangkan korang buat vibe check dengan 5 ciri yang menandakan tempat kerja korang tu sebenarnya mempunyai environment yang negatif.

Cari salah

Ada sesetengah majikan memang suka sangat nak cari salah korang. Bukan itu sahaja, bila korang berjaya mencapai sesuatu, tiada kredit yang diberikan malah hanya kesalahan kecil diberikan hukuman yang tidak setimpal.

Karenah birokrasi

Ada sesetengah syarikat mempunyai peraturan dan etika yang terlalu tinggi. Sampaikan kalau korang nak bagi cadangan pun kena ada banyak proses. Bukan itu sahaja, paling pening bila orang atasan tak nak dengar langsung idea-idea korang!

Keuntungan

Sis faham memang lumrah setiap syarikat apabila bab-bab keuntungan ni. Kalau syarikat tu mengambil tahu pasal keuntungan sama taraf dengan kebajikan pekerja, kira adil lah jugak kan. Ni tak, ada yang sampai sanggup nak abaikan pekerja dengan kemudahan yang tidak diberi!

Sistem pembelaan pekerja

Kadang kala kita tak boleh nak expect perkara yang nak jadi di tempat kerja. Seperti contoh, kalau ada lah  kes gangguan seksual ataupun buli, tiada tindakan yang diambil walaupun korang dah bersuarakan isu ini.

Waktu bekerja

Sebagai pekerja, waktu bekerja juga merupakan satu perkara yang penting untuk korang ambil tahu. Ini adalah untuk mengimbangkan waktu berehat atau bersama keluarga dan masa bekerja. Kalau syarikat tu memang push korang kerja lebih masa tanpa bayaran, cuba korang fikir sendiri adil tak?

Sis harap korang yang bekerja tu baik-baik saja. Dan bukan semua syarikat macam tu kan? ada yang bagus juga. Jadi bagi korang yang baru nak mula bekerja tu kena ambil tahu semua ni okay?

Sumber:iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my