Serious?!

“Tokti ni sebenarnya…” koreografer kongsi pengalaman belakang tabir Siti Nurhaliza On Tour

Oleh  | 

PEJAM celik, konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour nampaknya bakal tiba ke lokasi ketiganya iaitu Kuala Lumpur. Bagai sirih pulang ke gagang, setelah merantau ke Jakarta dan Singapura, Tokti dijangka akan menampilkan banyak kejutan untuk konsert di tanah airnya sendiri.

Di sebalik gahnya persembahan penyanyi nombor satu negara itu. Dari bilik latihan ASK Dance Company, Naim dan Fauzi berkongsi pengalaman bekerja bagi menjayakan setiap persembahan untuk konsert sweetheart Malaysia ini.

Personaliti Tokti

Apabila diminta bercerita tentang personaliti Tokti, Naim tanpa ragu mendedahkan bahawa pelantun lagu Dialah Di Hati itu sebenarnya seorang yang sangat kelakar.

“Tokti ni sebenarnya kan seorang yang sangat lawak. Setiap kali kita buat latihan, dia mesti gelak. Jadi, mood kami akan  tenang dan ceria sebab dia.

“Kita tak tahu dia sebenarnya seorang pelawak, kan? Tapi dia memang kelakar.

Mengakui perkara itu, Fauzi yang juga bertanggungjawab sebagai koreografer menceritakan hal yang sama.

“Bagi saya Tokti ni colourful. Kadang dia lawak dan kadang dia serius.

“Kalau dia buat lawak, kita ingat dia serius. Bagi saya itulah yang menariknya Tokti. Tapi bila waktu latihan, aura memang sangat positif. Kita ada aura team work yang sangat baik.

Cabaran

BACA:  Lagu-lagu ‘legend’ Dato’ Siti Nurhaliza yang hit hingga sekarang!

Mengakui tugas sebagai pereka tari bukanlah sesuatu yang mudah. Maka, untuk segmen tradisional, Naim menyatakan kesukaran mencari jalan tengah untuk mencipta gerakan gabungan antara  tradisional dan moden.

“Tokti sangat sibuk. Jadi nak cari masa untuk berlatih memang susah. Kadang kita ada koreografi baru untuk tunjuk, tapi Tokti tak ada. Jadi ia memang mencabar. Sebab kita nak Tokti tak nak nampak kekok sewaktu menari,”

Begitu juga dengan Fauzi. Mereka berhempas pulas untuk mencipta sebuah seni persembahan yang segar dan berbeza untuk konsert kali ini berbanding apa yang pernah dipersembahkan Siti sebelum ini.

Tak sabar nak menyaksikan gerakan tarian yang bakal melatari persembahan Tokti nanti. Mesti meriah!

Lokasi konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour ketiga bakal diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

BACA: Ketepikan busana lalu! Fiziwoo bagi ‘hint’ Sitizoners tegar je tahu bila dengar perkataan ini…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my