Serious?!

Tompok hitam pada dinding punca batuk dan selsema?

Oleh  | 

RUMAH sepatutnya menjadi sebuah tempat yang selesa bagi setiap orang untuk didiami. Mana tidaknya dekat rumahlah merupakan tempat kita berehat,berlindung dan sebagainya.

Ada sesetengah daripada kita, dah mendiami rumah lebhi daripada 10 tahun. Dalam pada masa 10 tahun tu korang mesti pernah terlihat tompok atau kesan hitam pada penjuru dinding atau dikawasan lain pada dinding kan?

Korang tahu tak sebenarnya kesan tompok hitam tu sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan korang? dan sebab itu sis nak explain sikit dekat korang apa ertinya tompok hitam itu dan betul ke boleh bawa penyakit pada kita? Jom baca!

via GIPHY

Tompok hitam pada siling atau dinding tu sebenarnya adalah kulat yang merebak. Kebiasaanya kulat ni terhasil daripada persekitaran yang lembab dan sistem pengudaraan yang tidak bersesuaian.

Bukan itu sahaja, kulat ini boleh tumbuh daripada kesan lembab yang berpunca daripada kebocoran bangunan dan benar, ia boleh menjejaskan kesihatan kita.

Kulat yang ada itu membebaskan spora yang sangat halus dan bila kita bernafas, ia boleh menjadi punca hidung berair dan tersumbat. Bila korang bersin dengan kerap, batuk dan sukar untuk bernafas itu sebenarnya boleh berpunca daripada pendedahan daripada kulat itu.

Lebih elok kalau korang bersihkan secepat mungkin sebelum ia menjadi punca penyakit asma menyerang dan menjejaskan fungsi paru-paru.

via GIPHY

Korang tahu tak kenapa kulat ini boleh tumbuh? Ini sebenarnya terdapat kawasan di dalam bangunan seperti tandas dan dapur. Jangan risau, kulat yang ada tu boleh disingkirkan hanya menggunakan sabun, air dan peluntur.

Bagaimana nak elakkan kulat ini tumbuh? Korang kena pastikan pengudaraan dalam bilik atau kawasan tu berjalan dengan lancar dan tidak terperap. Awasi juga bilik seperti bilik mandi, tempat membasuh baju dan juga dapur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk hidup dengan lebih selesa di tempat kediaman korang dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan ya!

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my